window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022!

Khairil Β· Feb 18, 2022 03:00 PM

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022! 01

Suzuki Malaysia di laman Facebook rasminya ketika ini sedang aktif menyiarkan 'teaser' mengenai kehadiran model-model baharu dan terkini, ia menayangkan imej bayang 'Sportbike' Suzuki GSX-R150 2022.

Diberikan julukan “The Road Conqueror”, tiada imej lengkap motosikal berkenaan disiarkan tetapi hanya bayang selain kapsyen Suzuki GSX-R150. Sebelum itu, hanya imej sebuah litar ditunjukkan berasama kapsyen yang hampir sama.

Juga baca: Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022! 01

Apa yang lebih menarik, turut disertakan bersama teaser berkenaan adalah borang tinjauan pendaftaran. 

Susulan 'teaser' berkenaan, ia memberikan petanda menarik yang model berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022! 02

 

Menurut laporan media automotif terkemuka tempatan sebelum ini, Suzuki Malaysia bakal melancarkan penawaran terbaharunya pada penghujung bulan Mac ini. 

Untuk spesifikasi Suzuki GSX-R150 2022, ia dijana enjin bersesaran 147.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, DOHC, 4 Injap yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Kuasa yang dihasilkan adalah 19.17 PS pada 10,500 rpm dan tork 14 Nm pada 9,000 rpm.

Juga baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022! 03

Tampil dengan rekaan yang menarik dan sporty, Suzuki GSX-R150 dilengkapi dengan tangki bahan api 11 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, lampu depan LED, meter digital LCD dan sistem penghidup tanpa kunci.

Selain Suzuki GSX-R150, Suzuki Malaysia pada tahun lalu memberi petunjuk mereka akan membawa masuk dua lagi model bersesaran 150 cc iaitu Belang R150 dan GSX-S150 ke pasaran tempatan.

Suzuki Malaysia buat 'survey', tayang bayang Suzuki GSX-R150 2022! 04

Begitupun, apa yang menjadi persoalan model manakah yang akan dilancarkan terlebih dahulu sama ada dalam segmen moped, sportbike mahupun naked atau ketiga-tiganya bakal dilancarkan serentak.

Sebagai info, Suzuki tidak lagi menawarkan model motosikal di bawah sesaran enjin 250 cc sejak tahun 2016 lalu susulan ia tidak lagi berdaya saing sebelum membuat 'comeback' pada tahun lalu.

Juga baca: Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda