window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Khairil · Mar 10, 2022 11:55 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 01

Seperti yang dijanjikan oleh Suzuki Malaysia, penawaran harga untuk ketiga-tiga model yang berada dalam segmen 'Super moped', 'Sportbike' dan 'Naked' yang ditampilkan dikatakan cukup kompetitif.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 02

Untuk Suzuki Raider R150 Fi 2022 yang menjadi antara model yang paling ditunggu-tunggu, harga yang ditawarkan cukup mengujakan adalah RM 8,173 (asas).

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 03

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya ketika majlis pelancaran trio Suzuki GSX-R150, GSX-S150, Raider R150 Fi 2022

Suzuki GSX-R150 2022 pula dijual pada harga RM 11,329 (asas) manakala Suzuki GSX-S150 2022 diberikan tanda harga RM 10,289 (asas).

Dan seperti kebiasaan, setiap pembelian akan diberikan jaminan perbatuan 20,000 km atau 2 tahun (mana satu tiba dahulu).

Juga baca: Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri?

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 04

Suzuki Raider R150 Fi 2022
  • Suzuki Raider R150 Fi 2022

Untuk mengotakan janji, Suzuki Malaysia menukar harga sebanyak 4 kali ketika majlis pelancaran Suzuki Raider R150 Fi 2022 dengan harga terakhir cukup menarik.

Sekalipun reka bentuk Suzuki Raider R150 Fi 2022 agak berbeza dengan penawaran kapcai lain di Malaysia, ia sememangnya memperoleh sambutan dan cukup terkenal di jiran termasuk Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 05

Mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di Malaysia, antara kekuatan model yang diberi julukan 'The Epitome of Underbone' ini kuasa yang dihamburkan.

Dijana enjin bersesaran 147.3 cc, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang dipadankan dengan transmisi klac manual 6 kelajuan, kuasa yang dihasilkan mengagumkan bagi kelasnya iaitu 18.2 Hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 06

Ciri-ciri menarik yang dipadankan adalah lampu LED (depan/belakang/plat), panel meter digital, ruang penyimpan baharu, sistem kunci baharu, sistem Suzuki Easy Start. Sistem brek pula penggunakan cakera tunggal (depan/belakang) dengan tayar bersaiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang).

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 07

Pilihan warna

  1. Titan Black
  2. Metallic Mat Stellar Blue/Titan Black

Juga baca: Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 08

Suzuki GSX-R150 2022
  • Suzuki GSX-R150 2022

Diberi julukan 'The Road Conqueror', GSX-R150 adalah model 'Sportbike' bergaya sporty dan ia sememangnya cukup digemari di pasaran antarabangsa kepada sesiapa yang berjinak-jinak dalam dunia motosikal sukan. 

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 09

Berada dalam keluarga GSX, Suzuki GSX-R150 2022 berkongsi konsep yang sama iaitu paling ringan dan berprestasi serta menawarkan jentera yang memiliki nisbak kuasa-berat terbaik dalam kelasnya.

Ciri-ciri menarik yang dipadankan termasuklah panel meter digital LCD, sistem lampu depan/belakang LED, Sistem Tanpa Kunci, Sistem Suzuki Easy Start dan sistem ekzos berprestasi tinggi.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 10

Spesifikasi trenkuasanya adalah enjin bersesaran 147.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, DOHC, 4 Injap yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan. Kuasa yang dihasilkan adalah 19.17 PS pada 10,500 rpm dan tork 14 Nm pada 9,000 rpm.

Sistem brek menggunakan cakera depan (290 mm) dan cakera (187 mm) belakang. Set roda adalah 90/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang) bersama rim sukan 10 jejari menarik.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 11

Pilihan warna

  1. Metallic Titan Blue
  2. Red Titan Black

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 12

Suzuki GSX-S150 2022
  • Suzuki GSX-S150 2022

Digelar ‘Urban Road Leader’, Suzuki GSX-S150 2022 boleh disifatkan sebagai pelengkap kepada penawaran terbaharu Suzuki Malaysia dalam kelas 150 cc yang ditawarkan.

Trenkuasa Suzuki GSX-S150 dijana enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, 4 Injap, DOHC, Suntikan Bahan Api yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. 

Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 13

Kuasa yang dihasilkan sekitar 18.9 Hp pada 10,500 rpm dengan tork maksimum 14 Nm pada 9,000 rpm.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 14

Ciri-ciri menarik lain yang moden dan tak malu untuk diketangahkan termasuklah sistem kunci keyless, panel meter digital LCD, Easy Start System dan brek cakera depan dan belakang.

Seperti 'saudaranya' Suzuki GSX-R150 2022 , sistem brek menggunakan cakera depan (290 mm) dan cakera (187 mm) belakang. Set roda adalah 90/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang) bersama rim sukan 10 jejari menarik.

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 15

Pilihan warna

  1. Aura Yellow/Pearl Brilliant White
  2. Metallic Triton Blue

Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k! 16

Kepada yang berminat, ketiga-tiga model yang dilancarkan sudah pun boleh ditempah di cawangan pengedar sah Suzuki Malaysia di seluruh negara bermula esok.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda