window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu

Faisal · Dec 2, 2021 07:00 PM

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 01

Suzuki S-Cross 2022 generasi ketiga baru sahaja dirasmikan di pasaran Eropah. Uniknya, ia hadir dengan reka bentuk yang cukup menarik.

Kalau anda nak tahu, model pertamanya iaitu Suzuki SX-4 pernah dijual di Malaysia dan mendapat sambutan yang cukup positif. Namun dengan tertutupnya syarikat Suzuki Malaysia pada tahun 2016, generasi kedua yang memakai nama Suzuki S-Cross hanya dapat dijual untuk jangka masa sekejap sahaja.

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada S-Cross generasi baharu, ia akan bersaing terus dengan Honda HR-V. Ukuran 4,300 mm panjang, 1,785 mm lebar dan 1,585 mm tinggi beserta jarak roda 2,600 mm juga lebih kurang sama dengan pesaing-pesaing SUV di segmen B.

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 01

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 02

Dari segi teknikal, S-Cross baharu dikuasakan oleh enjin K14D 1.4L turbo Boosterjet dengan bantuan sistem hibrid sederhana 48V dari Motor Generator Unit (MGU) yang berkuasa 14 PS dan 50 Nm tork.

Teknologi MGU berupaya menyokong pemanduan hibrid dan EV sepenuhnya bagi mengurangkan kadar penggunaan petrol.

Output trenkuasa ini menghasilkan 129 PS dan 235 Nm tork. Sebagai perbandingan, trenkuasa 1.5L i-MMD Honda mengembuskan 109 PS / 253 Nm - diguna pada Honda City RS dan City Hatchback RS akan datang.

Secara amnya, kuasa dihantar ke semua roda (AllGrip 4x4) melalui pilihan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual.

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 03

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 04

Walaupun dengan asas dan trenkuasa yang hampir sama dengan generasi sebelumnya, gaya dan profil badan yang diterapkan pada S-Cross 2022 lebih kepada SUV tradisional tetapi dengan unsur moden.

Disebabkan itu, ia nampak lebih tegap dan macho berbanding generasi terdahulu.

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 05

Pada bahagian dalam pula, S-Cross 2022 menampilkan elemen reka bentuk yang mirip interior Suzuki Swift. Bahagian kabin ini juga lengkap dengan infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dan sistem kamera 360-darjah.

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 06

Antara ciri bantuan keselamatan yang ada termasuklah:

  • Autonomous emergency braking
  • Traffic sign recognition
  • Lane departure prevention
  • Adaptive cruise control dengan stop & go
  • Rear cross traffic alert

Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu 07

Jualan Suzuki S-Cross serba baharu akan bermula di Eropah akhir tahun ini. Pasaran eksport yang dirancang pula merangkumi rantau Amerika Latin, Oceania dan Asia. SUV segmen B ini akan dipasang oleh Magyar Suzuki Corporation, iaitu anak syarikat Suzuki di Hungary.

Juga bacaSuzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda