window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari?

Mersita · Mar 4, 2023 04:00 PM

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 01

Imej

Jika anda rakyat Malaysia yang berada di Miri, Sarawak atau di Sabah, anda mungkin pernah ternampak sebuah kereta kompak Suzuki yang rupanya sedikit aneh dan cukup menarik perhatian bernombor pendaftaran Brunei Darussalam. Kereta yang dimaksudkan ialah Suzuki S-Presso – mirip Perodua Axia Style, dipasarkan sebagai mini crossover.

Kereta kompak gaya ala-SUV ini sering dilihat meluncur bangga di jalan raya Brunei dan bandar-bandar berhampiran sempadan negara, membuatkan ramai tertanya-tanya, “kereta apa tu?” Maklumlah, cukup jarang sekali kita lihat Suzuki S-Presso di sini; ditambah pula dengan tubuh kecilnya serta rupa unik dan ‘quirky’.

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 02

Suzuki S-Presso merupakan salah satu model Suzuki paling murah dan ia dianggap kereta bajet paling praktikal dan digemari oleh pembeli di Brunei. Menurut portal focus2move.com, Suzuki menduduki tangga kedua (didahului Toyota) dalam jualan kenderaan di negara Brunei Darussalam pada 2020, dengan Suzuki Swift sebagai model paling laris terjual pada tahun sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai pemerhati yang menyaksikan trend pengguna di jalan raya, S-Presso terlihat dimana saja anda berada di sekitar Brunei Darussalam. Ini membuatkan penulis tertanya-tanya – apa yang membuatkan ramai penduduk di negara bertuah itu memilih Suzuki S-Presso?

Mampu-milik dan jimat minyak

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 01

Jika di Indonesia, Suzuki S-Presso dipasarkan sebagai saingan kepada Toyota Raize/Daihatsu Rocky - Perodua Ativa di Malaysia

Penulis sempat berbual bersama beberapa pemilik Suzuki S-Presso di Brunei, dan rata-rata mengatakan bahawa antara faktor utama mereka memilih model ini adalah harganya yang mampu milik. Varian tunggal Suzuki S-Presso 1.0L GL AMT dijual pada harga (OTR) BND 15,931 (~RM 52,646.68). S-Presso ialah kereta kedua termurah di pasaran negara itu, didahului oleh Suzuki Alto (BND 13,865/~RM 45,819.23).

Pemilik, Mar, berkata kereta bandar ini cukup jimat minyak dan isian tak lebih BND 50 (~RM 165.23) sebulan sudah mencukupi. Servis kereta dan pembayaran juga mudah, selain cukup sempurna bagi pekerja swasta yang mahukan kereta harian mudah dipandu. Menurut rakan kami di AutoFun.ph, penggunaan minyak bagi Suzuki S-Presso ialah 22 - 25 km/liter.

Juga baca: Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia?

Enjin kecil, tapi tangkas!

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 02

Suzuki S-Presso dikuasakan oleh enjin 996cc 3 silinder (68 PS/90 Nm) dipadankan dengan transmisi automatik manual (AMT) 5 kelajuan. Angka-angka ini mungkin kelihatan kecil, tapi ingat, Suzuki S-Presso sangat ringan – beratnya hanya sekitar 726 kg!

Ukuran badannya pula ialah 3565 mm panjang, 1520 mm lebar, 1549 mm tinggi, dan 180 mm jarak lega bumi. Sebagai perbandingan, Perodua Axia generasi terdahulu 85 mm lebih panjang, 105 mm lebih lebar, namun 24 mm lebih rendah berbanding S-Presso! Kereta kecil dibina di atas platform HEARTECT platform yang diambil daripada kereta kei Suzuki. Di Indonesia, S-Presso menggantikan model Karimun Wagon-R yang dibina di atas platform sama.

Oleh itu, tak hairanlah ramai pemilik yang mengatakan kereta ini tangkas di jalan raya dan cukup laju walaupun enjinnya kecil. Namun, beberapa pemilik mengatakan kereta ini ‘membuang’ jika dipandu laju. Logik lah, kan?

Reka bentuk mini-SUV selesa dan mudah keluar-masuk

Salah seorang pengguna memberitahu penulis yang S-Presso cukup tinggi dan 'selamba rilek’ keluar-masuk kereta seperti SUV. Ini mengingatkan penulis kepada Perodua Kenari, kereta kei berbumbung tinggi yang punyai sejarah nostalgik bagi rakyat Malaysia.

Ramai pembeli juga gemarkan rupanya yang "comel" selain mudah dipandu dan diparkir. Bagi kebanyakan pengguna yang mahukan kereta harian di bandar-bandar kecil seperti di Brunei, S-Presso dianggap amat sesuai.

Juga baca: Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal?

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 03

Walaupun ruang kabinnya nampak ‘basic’ dengan kelengkapan asas, ia ternyata masih mampu menarik kumpulan peminat yang agak besar di negara kecil itu. Ruang dalamannya dipenuhi komponen plastik keras dan dilengkapi pemain audio sambungan Bluetooth, namun cukup mudah untuk pemilik/'dealer' menaiktaraf infotainmennya dengan pemasangan ‘aftermarket’. Ciri keselamatan Suzuki S-Presso merangkumi beg udara berganda, brek ABS, dan EBD.

Kesimpulan

Suzuki S-Presso pilihan popular di Brunei - jimat macam Perodua Axia, 'feel' serupa Kenari? 04

Bagi pasaran kereta kecil, nampak gayanya Suzuki Brunei yang diedarkan oleh Boustead Sdn Bhd mendominasi segmen ini. Suzuki S-Presso mampu menarik ‘fanbase’ atau pengikut yang agak besar – barangkali serupa dengan Perodua Kenari suatu ketika dahulu, atau peminat Perodua Axia Style mahupun Ativa.

Juga baca: Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya?

Apa-apa pun, setiap pasaran ada kategori-kategori pembelinya yang tersendiri dan bagi S-Presso, ia padan dengan segmen pasaran sensitif harga - menjadikannya salah satu kereta ‘entry level’ yang menarik perhatian di mana saja ia berada.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda