window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k?

Haris · Apr 5, 2021 05:30 PM

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k? 01

Naza Eastern Motors telah rasmi membawa pulang jenama Suzuki di Malaysia. Di samping itu, ia juga telah mengumumkan kehadirannya dengan 2 model jualan iaitu Suzuki Swift Sport dan Suzuki Jimny. Bagi mereka yang berminat, Suzuki Swift Sport dilaporkan sudah dibuka untuk tempahan.

Menurut penasihat jualan, Aravin Naza Sales, Suzuki Swift Sport akan ditawarkan pada harga sekitar RM 145k

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k? 01

Sebelum ini, Wapcar.my telah menerima gambar intipan Suzuki Swift Sport di mana ia sedang dibawa dari Pelabuhan Klang ke bilik pameran Naza di Petaling Jaya. Terdapat 3 warna yang dilihat ada pada treler iaitu warna Prime Burning Red, Metallic Speedy Blue, dan Pearl Pure White.

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k? 02

Harga tersebut adalah peningkatan yang ketara berbanding model Suzuki Swift Sport terdahulu pada tahun 2014. Ketika itu, model Swift Sport dijual pada harga RM 97,888 untuk transmisi manual manakala RM 102,888 untuk transmisi CVT automatik.

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k? 03

Sebagai rujukan, Suzuki Swift Sport 2021 dipacu oleh enjin empat silinder 1.4 liter turbo Boosterjet dengan padanan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual. Kesemua kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 140 PS kuasa kuda dan 230 Nm tork.

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k? 04

Pada harga yang didakwa, tidak banyak hot hatch yang ditawarkan pada harga Suzuki Swift Sport ini. Kebanyakan model hot hatch sekitar RM 150k sudah pupus contohnya Ford Fiesta ST, Volkswagen Polo GTi dan Peugeot 208 GTi. Oleh yang demikian, harga Suzuki Swift Sport tersebut sebenarnya masih masuk akal.

Bacaan Lanjut:

Spyshot: Suzuki Swift Sport 2021 - pelancaran Suzuki Malaysia semakin dekat?

SAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Galeri: Suzuki Swift generasi 4 di BIMS 2021, akan kembali ke Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda