window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz?

Faisal Β· Mar 14, 2021 04:00 PM

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 01

Sebelum ini, pasaran automotif disajikan dengan pelbagai pilihan hothatch yang berharga mampu milik. Antaranya seperti Ford Fiesta ST, Peugeot 208 GTi, dan juga Suzuki Swift Sport. Kini, hampir kesemuanya sudah pupus.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 02

Menariknya, anda masih berpeluang untuk memiliki salah satu daripadanya sekiranya anda berminat dengan Suzuki Swift Sport generasi ke-2 (ZC32S). Nak tahu lebih lanjut? Mari kami perincikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedikit sejarah mengenai Suzuki Swift Sport (ZC32S) di Malaysia

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 01

Suzuki Swift Sport generasi ke-2 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013. Pembeli ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik jenis CVT.

Sebagai model import dari Jepun, ia berharga RM 97,888 untuk manual dan RM 102,888 untuk automatik. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan enjin 1.6L aspirasi natural (M16A) yang menghasilkan 136 PS dan 160 Nm tork. Dengan badan yang ringan, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa selama 8.7 saat sahaja.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 02

Secara standard, Suzuki Swift Sport datang dengan ciri seperti:

  • Lampu depan Bi-xenon dengan pembersih
  • Roda 16 inci (195/50/16)
  • Kerusi sport
  • Pedal stainless steel
  • Keyless entry
  • Butang push start
  • Penyaman udara automatik
  • 6 beg udara
  • ABS & EBD
  • Kawalan kestabilan

Untuk maklumat anda, model tahun 2013 dan 2014 tidak dilengkapi dengan kawalan pelayaran.

Sebagai sebuah hothatch, bagaimana dengan pemanduannya?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 03

Enjin yang didatangkan khusus untuk Swift Sport ini terasa bertenaga dan cukup rajin untuk bekerja. Dengan berat kurang dari 1 tan (1,000 kg), ia cukup lincah dalam memproses segala input yang dibuat oleh pemandu.

Uniknya, walaupun dipandu pada kelajuan tinggi sekalipun, hothatch ini tetap rasa tegap. Letak sahaja di gear 6, Suzuki Swift Sport bertukar watak menjadi sesuatu yang cukup tenang untuk dipandu.

Ada apa-apa kekurangan tak?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 04

Dengan kapasiti seluas 210 liter, but Suzuki Swift Sport sebenarnya agak kecil. Ruang di dalam kabin juga bukanlah yang paling besar di kelas hatchback segmen B. Malah, ruang belakang pada Perodua Axia sekalipun terasa lebih luas. Mengenai infotainment pula, ia tidak datang langsung dengan ciri Bluetooth, apatah lagi sambungan Apple CarPlay & Android Auto.

Suzuki Swift Sport ada apa-apa masalah tak?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 05

Menurut pemilik Suzuki Swift Sport setakat ini, tiada masalah besar yang pernah mereka laporkan.

Cumanya, beberapa pemilik ada melaporkan kegagalan pemampat penyaman udara (A/C compressor). Menurut stokis alat ganti Suzuki di Sen Hui Auto Parts, harga komponen ini boleh mencecah RM 3,475.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 06

Sebagai alternatif, anda boleh mengguna compressor terpakai yang hanya berharga sekitar RM 300 ke RM 500. Antara kedai Suzuki Swift yang terkenal dengan alat ganti terpakai yang berkualiti ialah Sai Heng Autopart.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 07

Pada tahun 2016 yang lalu, Suzuki Swift dipanggil semula untuk isu pam brek. Kempen ini melibatkan kesemua Suzuki Swift termasuklah varian 1.4 dan 1.6 Sport. Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli, pastikan kempen penukaran pam brek ini sudah dijalankan terhadap unit tersebut.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 08

Antara perkara lain yang perlu anda tahu ialah alat gantinya mungkin sedikit susah untuk dapat kerana Suzuki Malaysia telah dibubarkan. Alat ganti tulen masih boleh didapati di Sen Hui Autopart ataupun Vanli Auto Spares tetapi stok dan harga mungkin berbeza.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 09

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pusat servis Suzuki telah diubah ke Proton kecuali di Batu Caves iaitu JL99 SM Services. Tetapi, jangan terkejut sekiranya pusat-pusat servis yang telah diganti ini masih memberi khidmat selepas jualan untuk kereta Suzuki.

Selain dari itu, apa yang perlu ditelitikan?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 10

Tona warna, ketebalan cat, dan jurang panel adalah antara cara mudah untuk tahu bahawa unit tersebut pernah mengalami kemalangan ataupun tidak.

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh periksa kali terakhir unit tersebut diservis. Minyak enjin, minyak gearbox, cecair penyejuk radiator, dan minyak brek juga perlu diperiksa.

Selain itu, pastikan unit tersebut tidak pernah mengalami sebarang kemalangan ataupun kerosakan banjir.

Varian mana yang patut anda beli?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 11

Sebagai sebuah hothatch, transmisi manual semestinya pilihan yang lebih tepat kerana ia menjanjikan pengalaman pemanduan yang jauh lebih rancak dan menyeronokkan.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 12

Akan tetapi, varian automatik juga sesuai untuk mereka yang mengutamakan pemanduan dalam bandar.

Harganya pula bagaimana?

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 13

Buat masa ini, varian manual agak sukar untuk dicari. Yang banyaknya ialah varian automatik. Menariknya, varian ini berharga lebih rendah. Perkara ini mungkin disebabkan oleh varian manual yang dianggap sebagai sesuatu yang β€˜rare’.

Berdasarkan pasaran terkini, Suzuki Swift Sport varian automatik tahun 2014 boleh dibeli dengan harga serendah RM 50,000. Varian manual pula berharga lebih kurang RM 60,000.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
Manual (2014) RM 97,888 RM 60,000 ~5.5%
Automatik (2014) RM 102,888 RM 50,000 ~7.3%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 14

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan membeli terus dari pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelak dari sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Konklusi

Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k - baik beli ni dari Myvi atau Iriz? 15

Dengan harga di pasaran sekarang, Suzuki Swift Sport generasi ke-2 cukup berbaloi. Ia menggabungkan pemanduan yang menyeronokkan tetapi dengan pakej hatchback yang cukup menarik. Ditambah pula dengan rupa paras yang cukup menawan, ia boleh dianggap sebagai satu pembelian yang lebih bermakna berbanding sebuah Perodua Myvi yang baru. Silap haribulan, harganya mungkin takkan jatuh kerana ia cukup istimewa.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda