window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia?

Haris Β· May 28, 2021 06:50 PM

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 01

Suzuki Philippines Inc dengan rasminya telah melancarkan Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina. Model terbaru ini menawarkan satu ciri kelainan yang sangat menarik;  pacuan 4WD dalam sebuah SUV kompak.

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model pasaran Filipina ini dijana oleh enjin enjin 4-silinder 1.6 liter NA M16A daripada Suzuki. Tujahan kuasa juga bertenaga pada 115 PS dan 156 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dengan kelengkapan paddle shifter.

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 01

Model Suzuki Vitara Allgrip akan ditawarkan sebagai varian paling atas untuk pasaran Filipina. Pilihan warna yang ditawarkan adalah Galactic Gray Metallic, Cool White Pearl, Solid Bright Red (2 tona) dan Prime Solar Yellow (2 tona).

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 02

Pada bahagian luar, satu-satunya perbezaan antara varian FWD dan AWD adalah lencana AllGrip di pintu belakang. Selain lencana Allgrip, perubahan kecil terdapat pada lampu hadapan LED, pemegang pintu krom, palang gril depan krom, dan cat badan 2 tona.

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 03

Bergerak ke bahagian dalam pula, Suzuki Vitara Allgrip mengenakan kemasan kulit pada seluruh bahagian dengan tema warna hitam. Tumpuan utama pada SUV ini tentulah pada mod kawalan 4WD yang boleh dipilih seperti berikut:

Auto - Menetapkan pacuan kepada 2WD dan hanya menghantar kuasa ke roda belakang apabila merasakan tayar depan tergelincir.

Sport Mode - Menetapkan sistem kawalan daya cengkaman untuk campur tangan lebih sedikit untuk lebih pecutan dan putaran.

Snow Mode - Menghasilkan pemisahan tork 50:50 antara gandar depan dan belakang, membolehkan pemanduan lebih mudah di permukaan jalan yang licin dan tidak rata.

Lock Mode - Mengedarkan tork secara sekata di keempat-empat roda, menggunakan brek pada tayar yang berputar dan menghantar tenaga pada tayar yang sedang mencengkam.

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 04

Harga bagi Suzuki Vitara Allgrip adalah P 1,458 juta (sekitar RM 125,000) menjadikannya antara crossover termurah dengan pacuan 4WD. Apa yang lebih menarik adalah Suzuki Vitara Allgrip turut ditawarkan dengan bumbung suria, satu lagi ciri yang tidak selalu ada pada SUV kompak.

Suzuki Vitara Allgrip 2021 di Filipina - 1.6L NA, 4WD, bumbung suria, ada peluang ke Malaysia? 05

Suzuki Vitara pernah menjengah ke Malaysia suatu ketika dahulu. Dengan pengambilalihan Suzuki Malaysia bersama Naza, peluang untuk Suzuki Vitara kembali ke Malaysia masih ada namun kelihatan tipis.

Setakat ini, pasaran Singapura, Brunei dan Australia telah menerima Suzuki Vitara namun melihat kepada harganya, ia masih jauh untuk hadir secara rasmi di Malaysia.

Bacaan Menarik:

Suzuki Ciaz mungkin akan ‘rebadge’ sebagai Toyota, tapi bukan guna nama Vios

Suzuki Ciaz 2021 dikemaskini di Thailand - lebih murah dari Vios tapi lebih besar!

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda