window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee

Mersita · May 23, 2022 02:00 PM

Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee 01

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan arahan kepada beberapa syarikat e-hailing untuk menjelaskan kenaikan tambang mendadak yang ditawarkan dalam platform masing-masing bagi menyiasat punca sebenar kenaikan kadar tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, arahan ini dikeluarkan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan syarikat-syarikat e-hailing terlibat dijangka akan memberi jawapan mereka dalam masa dua hari akan datang.

Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pegawai kami masih dalam memproses semua aduan yang dibuat oleh pengguna e-hailing berhubung kenaikan kadar tambang dan juga mendapatkan justifikasi daripada penyedia servis ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 Menurutnya, antara aduan yang diterima adalah kenaikan harga tambang yang tiba-tiba naik sehingga RM 70 berbanding RM 20 sebelumnya. Jika benar perkara ini berlaku, pengguna patut diberi penjelasan daripada syarikat e-hailing terlibat kerana ia sudah membebankan rakyat, katanya lagi.

Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee 01

Perjalanan 1 km dikenakan RM 10 di dua platform e-hailing popular. Teksi bermeter hanya RM 4.70 dengan sedikit kesesakan lalu lintas. Sumber: Facebook

“Oleh itu, kami mahu dengar dari syarikat e-hailing itu sendiri tentang sebab mengapa tambang boleh naik mendadak. Jika syarikat berkenaan menyalahkan kesesakan lalu lintas, kenapa isu sebegini tak pernah berlaku dulu (sebelum negara dilanda Covid-19)?” soalnya.

Berhubung cadangan kepada pihak kerajaan untuk mengenakan pengawalan tambang bagi khidmat e-hailing seperti yang dikenakan keatas pengusaha teksi, Wee berpendapat adalah lebih adil kepada semua pihak jika kita menunggu sahaja penjelasan daripada syarikat-syarikat e-hailing berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan dan bertindak bagi menyelesaikan isu ini.

Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee 02

Juga baca: Tambang Grab mahal, pengguna mula ambil teksi untuk elak ‘harga kayangan'

“Setelah syarikat e-hailing memberi penjelasan mereka berhubung perkara ini, pihak kementerian akan mengkaji tindakan seterusnya, samada industri perlukan lebih banyak pemain, yang seterusnya akan membentuk lebih banyak persaingan dalam pasaran.

“Sebagai penggubal polisi yang bertanggungjawab, kami tidak mahu sesiapa mengambil kesempatan dari situasi ini dan mengaut untung mudah,” jelasnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda