window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Syarikat Israel cipta sistem caj EV pantas 15 minit, salur tenaga ibarat 'flush' jamban?

Mersita ยท Sep 13, 2022 04:00 PM

Syarikat Israel cipta sistem caj EV pantas 15 minit, salur tenaga ibarat 'flush' jamban? 01

Dunia semakin pantas beralih ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan keperluan untuk mengecas kenderaan ini semakin mendapat permintaan. Kawasan-kawasan dengan grid tenaga terhad turut memerlukan fasiliti pengecasan yang pantas serta efektif.

Sebagai respon kepada masalah ini, sebuah syarikat Israel bergelar Zooz Power (dahulunya dikenali sebagai Chakratec) telah mencipta satu sistem penyimpanan tenaga caj pantas EV yang boleh menghantar lonjakan tenaga tinggi menerusi teknologi roda tenaga kinetik (kinetic flywheel) supaya sesebuah EV boleh dicas penuh dalam masa kira-kira 15 minit sahaja.

Syarikat Israel cipta sistem caj EV pantas 15 minit, salur tenaga ibarat 'flush' jamban? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CEO Zooz Power, Boaz Weizer, berkata sistem yang boleh menyalurkan rangsangan pengecasan tinggi ini boleh diibaratkan seperti siraman pam tandas yang melepaskan kapasiti air sekaligus dengan banyak secara pantas.

Berbeza dengan penggunaan bahan kimia seperti litium untuk menyimpan tenaga, sistem oleh Zooz Power ini mengambil sumber elektrik dari grid tenaga untuk memusingkan lapan roda keluli seunit sebanyak 17,000 kali seminit. Proses memusingkan roda seberat setengah tan ini menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.

Apabila sesebuah EV disambungkan kepada sistem ini, pusingan roda ini diperlahankan bagi menukarkan semula tenaga kinetik tersebut kepada tenaga elektrik lalu disalurkan kepada bateri EV tersebut. Dengan tenaga elektrik berkepadatan tinggi, EV berkenaan boleh dicas dalam masa yang lebih singkat.

Penyimpanan tenaga menggunakan teknologi fizik ini dianggap lebih mesra alam kerana pengekstrakan litium memerlukan penggunaan air yang banyak dan menyebabkan pencemaran. Menurut penganalisa kelestarian sumber dan tenaga, jejak karbon sistem Zooz Power dari tahap awal pembuatan sehingga ke akhir hayatnya mempunyai kadar pelepasan karbon dioksida/kWh 23 kali lebih rendah berbanding bateri litium-ion.

Juga baca: Sime Darby dalam perbincangan dengan BYD, pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia!

Boaz turut berkata sepanjang 15 tahun kitaran hidup sistem pengecas dipanggil Zooster-100 ini, ia menyedut tenaga sebanyak 666,667 kWh daripada grid tenaga bagi menghasilkan 600,000 kWh tenaga kinetik dan melepaskan 540,000 kWh tenaga elektrik untuk pengecasan EV – cukup untuk kira-kira 200,000 kitaran caj. Walaupun sistem penyimpanan tenaga ini merekodkan kadar kehilangan tenaga sehingga 20 peratus, ia masih dianggap bagus.

Juga baca: Kereta EV solar buatan Jerman Sono Sion sedap bersiap untuk mula produksi, harga hampir RM 136k

Zooster-100 akan mula dipasang di Israel, Eropah, dan AS. Lima daripadanya akan dipasang di Jerman menerusi satu pelaburan oleh syarikat tempatan yang menganggap penjualan tenaga dari unit sistem ini adalah lebih menguntungkan berbanding tenaga solar.

Sumber: The Times of Israel

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia