window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150?

Khairil ยท Sep 9, 2021 12:00 PM

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 01

Selaras dengan populariti skuter ADV atau 'Adventure' ketika ini, syarikat pengeluar skuter terkemuka Taiwan, SYM terus mengorak langkah dengan mempertaruhkan model yang boleh bersaing dalam segmen berkenaan iaitu SYM Crox 150 RX 2021.

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 02

Sekalipun rekaannya tampak tipikal seperti skuter konservatif, begitupun SYM Crox 150 RX 2021 dikatakan berupaya meredak laluan lasak ringan, mirip model popular buatan pengeluar Jepun, Honda ADV 150.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 01

Seperti versi terdahulu - yang tampak lebih mirip skuter ADV - set tayar SYM Crox 150 RX 2021 dikatakan boleh diubah menggunakan jenis 'dual purpose' untuk melakukan tugasan berkenaan.

Dan lebih menarik, rekaan bar hendalnya yang sporty berjaya mengekalkan imej 'Adventure' model berkenaan daripada terus hilang.

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 02

Dari sudut trenkuasa, SYM Crox 150 RX 2021 dipadankan dengan enjin bersesaran 149.6 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, 2 Injap, SOHC, Penyejuk Udara.

Kuasa yang dihasilkan adalah 11.1 Hp pada 8,000 rpm dan tork 11.5N m pada 6,000 rpm dengan transmisi automatik.

Juga baca: Perincian SYM Jet X 150 (2021) didedahkan, dua varian, harga bermula RM 8,888!

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 03

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik dengan gantungan yang agak tinggi manakala suspensi belakang menggunakan absober berkembar boleh laras. Set roda adalah 110/70/12 (depan) dan 120/70/12 (belakang).  

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 04

Meningkatkan ciri-ciri keselamatan, sistem brek datang dengan jenis cakera depan dan belakang lengkap dengan sistem brek kombi (CBS).

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 05

Ciri-ciri lain melengkapi model ini adalah panel meter digital dengan rekaan menarik, penggunaan lampu LED penuh, juga dengan rekaan menarik dan mempunyai soket pengecas USB dengan informasi lain adalah seperti berikut.

  • Berat - 123 kg
  • Ketinggian - 765 mm
  • Kapasiti bahan api - 6.2 liter

SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150? 06

Begitupun, buat ketika ini model berkenaan hanya ditawarkan di pasaran Taiwan pada harga NT$ 42,000 (RM 6,289), menurut chubk.com dan China. Jadi, tiada sebarang kepastian sama ada ia akan dibawa ke Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda