window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

Khairil ยท Apr 12, 2021 05:03 PM

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Taiwan, SYM baru-baru ini melancarkan versi terbaharu model skuter maxi terhangatnya, Maxsym 400 2021 yang datang dengan pelbagai kemas kini dan lebih ringan di beberapa negara Eropah dan Asia.

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 02

Seperti dinyatakan, perubahan yang dibuat kepada skuter ini bukan saja membabitkan pilihan warna atau corak grafik, namun agak menyeluruh termasuk dari sudut reka bentuk dan prestasi berbanding versi terdahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 01

Sebagai permulaan, SYM mendakwa Maxsym 400 2021 adalah 18 peratus lebih ringan berbanding versi terdahulu. Penggunaan casis baharu yang diperbuat daripada bahan yang lebih ringan menjadi salah satu faktor.

Selain itu, penggunaan struktur dari keluli tiub bukan saja mengurangkan berat, malah turut meningkatkan tahap kekuatan kerangka motosikal berkenaan sekaligus memperbaiki karakter tunggangan.

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 02

Datang dengan enjin bersesaran 399 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, 4 Injap dan digandingkan dengan transmisi automatik CVT, SYM Maxsym 400 2021 mampu menghasilkan kuasa 33.5 Hp pada 6,750 rpm dengan tork 39.5 Nm pada 5,250 rpm.

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 03

Sebagai perbandingan, versi terdahulu Maxsym 400 menghasilkan kuasa 32.8 Hp dan tork 34.5 Nm. Lebih daripada itu, enjin terbaharu ini memenuhi piawaian emisi Euro 5.

Antara ciri-ciri eletronik canggih yang ada pada motosikal ini ialah Sistem Kawalan Traksi (TCS), Advanced Brake Light (ABL) dan Sistem Tanpa Kunci.

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 04

Perubahan lain yang dibuat ialah dari sudut suspensi dengan SYM Maxsym 400 2021 dibekalkan dengan fork depan dari jenis teleskopik manakala suspensi belakang, ia menggunakan suspensi standard pre-load boleh laras.

Justeru SYM mendakwa, Maxsysm 400 2021 mampu memberikan pengalaman tunggangan yang jauh lebih baik bersama tahap keselamatan terpuji yang dibantu sistem brek lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 05

Bersama pelana yang lebar, ruang bagasi luas yang boleh memuatkan dua buah helmet, cermin pandang belakang boleh lipat dan port pengecasan pantas USB bersama kapasiti tangki bahan api sebesar 13 liter, ia sememangnya mampu menjadi pilihan penggemar skuter maxi.

SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap! 06

Berbalik kepada soal reka bentuk, Maxsym 400 2021 tampak lebih moden dan futuristik. Justeru dengan pembaharuan ini, SYM pastinya berharap Maxsym 400 2021 dapat memberikan saingan sengit terhadap jenama skuter popular lain terutama daripada Kymco, Yamaha mahupun BMW.

Selepas ia dilancarkan beberapa negara di Eropah dan Asia antaranya Itali dengan harga € 6,199 (RM 30,504) dan China, baru-baru ini persoalan utama bila ia akan tiba di Malaysia. Tunggu saja pengumuman daripada pengedar sahnya nanti.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda