window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT!

Khairil ยท Dec 3, 2021 04:00 PM

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Taiwan, SYM meningkatkan penawarannya dalam segmen skuter maxi aras pertengahan menerusi pengenalan SYM Joyride 300 2022, baru-baru ini.

Bagi menunjukkan kepentingan skuter dengan reka bentuk menarik dan dijangka bakal mencabar model-model hebat seperti Yamaha XMax dan BMW C 400 GT itu, ia dilancarkan di pameran berprestij, EICMA 2021.

Juga baca: SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 01

Sebagai permulaan, SYM Joyride 300 2022 dikatakan adalah pengganti kepada satu lagi model menarik jenama itu iaitu Joyride EVO 200

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 02

Justeru, tampil dengan dua gabungan - menggunakan platform skuter maxi konvensional yang mementingkan keselesaan, praktikaliti dan tunggangan jarak jauh.

Juga baca: Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan!

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 03

Dan tidak seperti model maxi yang lebih berkuasa seperti SYM TL500 dan Maxsym 400, SYM Joyride 300 2022 juga menjanjikan tunggangan yang lebih sporty dan tangkas menerusi asas binaan yang ringan.

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 04

Dari sudut trenkuasa, SYM Joyride 300 2022 dijana enjin bersesaran 280 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 26 Hp pada 8,000 Rpm dan tork 26 Nm pada 6,000 Rpm.

Juga baca: MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

Suspensi menggunakan fork teleskopik di bahagian depan dan penyerap hentak berganda di belakang serta mempunyai ciri boleh laras (preload). Brek pula menggunakan cakera depan (260 mm) dan belakang 240 mm lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 05

Beralih kepada sudut teknologi, SYM Joyride 300 2022 mempunyai teknologi agak asas menerusi penggunaan panel meter LCD dan sistem tanpa kunci (Keyless). 

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 06

Seperti model maxi lain, ia didatangan dengan storan bawah pelana besar yang didakwa mampu memuatkan dua buat helmet dan soket USB 2.0. Set roda dipadankan dengan rim bersaiz 15 inci (depan) dan 14 inci (belakang) namun pembeli mempunyai pilihan untuk rim bersaiz 16 inci epan dan belakang. 

Juga baca: SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150?

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 07

Sebagai keselesaan, ia turut datang dengan visor boleh laras dua tetapan namun dilaras secara manual dengan sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya.

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 08

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Tinggi - 770 mm
  • Jarak antara roda - 1,500 mm
  • Kapasiti bahan api - 11.5 liter

SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT! 09

Dijangkakan, Joyride 300 2022 dijangka menerjah pasaran Asia pada awal tahun depan namun tidak diketahui sama ada ia akan menjengah pusat pameran di Malaysia atau tidak.

Juga baca: Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda