window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahi lembu jadi minyak kereta? Suzuki labur dalam kilang biogas di India, mahu kurangkan karbon dioksida

Mersita ยท Feb 5, 2023 02:00 PM

Tahi lembu jadi minyak kereta? Suzuki labur dalam kilang biogas di India, mahu kurangkan karbon dioksida 01

Sudah sering kita dengar teknologi biogas digunakan untuk menghasilkan alternatif lebih mampan bagi bahan bakar fosil, lebih-lebih lagi dalam dunia automotif. Suzuki tak terkecuali dalam hal ini apabila syarikat itu mengumumkan rancangan pelaburannya di India dalam penghasilan bahan api berasaskan najis lembu. Ya, minyak kereta diperbuat daripada najis lembu!

Memandangkan bahan asas ini amat mudah didapati, Suzuki bakal melabur dalam kilang penghasilan biogas berpengkalan di wilayah Banaskantha, Gujarat. Kilang biogas ini boleh menghasilkan kira-kira 1,500 kg biofuel sehari โ€“ dianggarkan boleh menggerakkan 500 kenderaan yang menggunakan gas semulajadi termampat (CNG).

Juga baca: Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahi lembu jadi minyak kereta? Suzuki labur dalam kilang biogas di India, mahu kurangkan karbon dioksida 01

Najis daripada 10 ekor lembu boleh menggerakkan sebuah kereta sehari. Bayangkan apa yang kita boleh capai dengan lebih 300 juta ekor lembu di India

India merupakan pasaran terbesar bagi Suzuki di luar Jepun, menyumbang kepada jualan lebih 3 juta kenderaan setahun (bersamaan dengan 43.4 peratus daripada jumlah volum industri/TIV pada 2022). Syarikat itu menganggap strategi pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2) menerusi penghasilan biojisim adalah langkah penting dalam usaha pengurangan karbon dan pada masa sama meningkatkan pembuatan kenderaan.

Pada Disember 2022, Suzuki menandatangani perjanjian bersama Lembaga Tenusu Kebangsaan India dan Banas Dairy โ€“ pengilang tenusu terbesar Asia โ€“ bagi pembekalan najis lembu yang akan diproses untuk menghasilkan gas biometana dan baja (diperbuat daripada sisa-sisa cecair pencernaan), disasarkan bermula pada pertengahan 2024.

Juga baca: Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini!

Tahi lembu jadi minyak kereta? Suzuki labur dalam kilang biogas di India, mahu kurangkan karbon dioksida 02

Tambahan pula, dengan anggaran populasi lembu ternakan lebih 300 juta ekor (setakat 2019) di seluruh India berserta potensi biojisimnya, tidak dinafikan rancangan Suzuki ini ada kebolehskalaan dan keberkesanan yang bagus.

Mungkin kita juga boleh katakan yang keberkesanannya sama dengan kereta elektrik. Usaha Suzuki menawarkan penyelesaian segera dan berkesan bagi mengurangkan sebahagian daripada kira-kira 8 bilion tan CO2 yang dihasilkan daripada aktiviti penternakan lembu di seluruh dunia. Perlu diingatkan, bukan kereta saja yang menghasilkan CO2 - sebahagian besar daripada pelepasan gas rumah hijau ini juga datang dari najis lembu.

Tahi lembu jadi minyak kereta? Suzuki labur dalam kilang biogas di India, mahu kurangkan karbon dioksida 03

Selain India, Suzuki juga telah menyuntik pelaburan dalam kilang biojisim Fujisan Asagiri di Jepun yang akan memproses najis lembu kepada biogas untuk penjanaan elektrik โ€“ dijangka akan mula produksi pada Mac 2023

Di samping mengurangkan pelepasan CO2 ke atmosfera, usaha Suzuki di India akan turut merangkumi promosi baja organik dikitar semula yang diharap dapat mewujudkan peluang kerja baharu serta saluran pendapatan terutama sekali bagi penduduk kawasan pedalaman.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda