window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah!

Haris ยท Jul 8, 2021 10:00 AM

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 01

Semenjak Perodua Ativa dilengkapi ACC (Kawalan Pelayaran Adaptif) dan menjadi satu-satunya kereta bawah RM 100k dengan fungsi ini, ia menjadi pertimbangan kepada ramai pembeli kereta baru.

Oleh yang demikian, kami memeriksa dengan lebih lanjut mengenai fungsi ACC dan menemui bahawa ACC tidak berfungsi di dalam terowong.

Mengapa? Ikuti penjelasan di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 01

Perodua Ativa menggunakan kamera stereo (dua)

Kebanyakan sistem bantuan pemandu kereta (ADAS) bergantung pada komponen penglihatan dalam bentuk kamera, radar, atau kombinasi kamera dan radar.

Seperti mana objek buatan manusia yang lain, terdapat batasan untuk apa yang komponen ini mampu lakukan.

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 02

Berbeza dengan Cruise Control biasa, ACC memberi pemandu kawalan untuk mengekalkan jarak dan 'mengikuti' kereta di hadapan.

Berdasarkan buku panduan Perodua Ativa, fungsi ACC dapat dijelaskan dengan lebih lanjut - termasuklah kebolehan dan kekurangan fungsi ini.

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 03

Selain daripada langkah-langkah penggunaan yang betul - seperti tidak menggunakannya di jalan raya dengan lalu lintas pejalan kaki dan penunggang basikal yang ramai - buku manual ini juga memberi amaran agar tidak menggunakan ACC ketika masuk atau keluar terowong. Nak tahu kenapa?

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 04

Alasan untuk amaran ini adalah berdasarkan daripada perubahan sinaran cahaya secara tiba-tiba.

Kamera memerlukan sedikit masa untuk disesuaikan dengan tahap pencahayaan baru justeru mempengaruhi ketepatan dan kejituan fungsi sistem.

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 05

Kekurangan yang sama juga perlu dipertimbangkan untuk situasi yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah. Misalnya ketika hujan atau kabus.

Saranan daripada Perodua adalah untuk memandu dengan lebih berhati-hati dalam situasi ini dan kawal kenderaan anda sepenuhnya. Elakkan dari menggunakan ACC dalam situasi tersebut.

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 06

Kemajuan teknologi dalam industri automotif lebih kepada bantuan dan bukannya menggantikan pemanduan sepenuhnya. Ia adalah bantuan dari segi keselamatan, keselesaan dan sebagainya.

Namun jangan sekali-kali membenarkan teknologi yang memandu kereta anda. Anda pemandu sebenar.

Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah! 07

Sistem ADAS juga tidak tertakluk kepada ACC sahaja. Ia adalah pakej yang lebih menyeluruh seperti AEB (Brek Kecemasan Berautonomi) dan sebagainya.

Pengalaman pemanduan dengan ACC pastinya akan mengubah pendapat anda tentang aspek pembelian kereta. Ia adalah antara fungsi yang memudahkan dan menyenangkan pemandu. Apa-apa pun, pandu uji dahulu mana-mana kereta yang anda minat sebelum melakukan pembelian!

Bacaan Lanjut:

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda