window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang?

Faisal · Sep 28, 2020 02:46 PM

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 01

Muzium berfungsi sebagai tempat menyimpan dan menjaga sejarah. Ia turut memberikan ilmu pengetahuan dan gambaran terdahulu kepada masyarakat semasa. Dengan muzium yang menarik, ia akan memberikan tarikan yang unik terhadap penempatan tersebut lantas meningkatkan industri perlancongan dan ekonomi.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 02

Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart

Mengenai muzium automotif, anda mungkin terus memikirkan muzium automotif yang terkenal seperti muzium Mercedes-Benz dan Porsche di Stuttgart, muzium Toyota di Nagoya, ataupun muzium Ferrari di Maranello.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia, pameran galeri automotif yang terkemuka ialah daripada Proton di Centre of Excellence, Shah Alam. Namun begitu, ia bukan sebuah muzium. Satu-satunya muzium automotif di Malaysia terletak di litar antarabangsa Sepang. Ia dikenali sebagai Muzium Automobil Nasional.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 01

Muzium Automobil Nasional di Sepang. Imej: roadracingworld.com

Secara umumnya, pameran galeri ini tidak mempunyai sususan atau tema secara kronologi. Namun demikian, terdapat pelbagai kenderaan klasik yang dipamerkan. Antaranya ialah:

Kereta orang putih yang lama

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 02

Austin Healey 3000

Dengan negara Malaysia yang pernah berada dalam jajahan British, pelbagai jenama kereta klasik British dipamerkan dimana ia dibawa masuk secara khusus walaupun jenama tersebut sudah tidak wujud.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 03

Alvis Firefly

Selain itu, terdapat Alvis Firely yang berwarna kuning. Untuk pengetahuan anda, syarikat Alvis telah dibeli oleh Rover pada tahun 1967. Dengan itu, Alvis berhenti mengeluarkan kenderaan persendirian kerana mereka mula mengeluarkan kenderaan tentera.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 04

Kereta paling berusia dalam muzium ini ialah Brush Mobile. Brush merupakan syarikat kejuruteraan elektrik dari England yang masih beroperasi sehingga ke hari ini. Pada tahun 1904, mereka berhenti menghasilkan kereta. Menariknya, mereka tidak pernah menghasilkan kereta elektrik. Hari ini, mereka membekalkan transformer, penjana, suis elektronik, dan sistem pengurusan tenaga.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 05

MG T-series

Di samping itu, MG T-series turut dipaparkan. Jenama ini kini dimiliki oleh Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC). Untuk maklumat anda, kita mungkin akan melihat kenderaan elektrik MG EV ZS di Malaysia kelak.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 06

Jaguar D-Type

Pada masa yang sama, terdapat kereta lumba Jaguar D-Type. Kini, Jaguar dan Land Rover adalah anak syarikat Tata Motors.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 07

Ford Speedster

Ford Speedster turut dipaparkan dimana ia dieskport oleh Ford Europe di Dagenham. Sekiranya anda melihat secara terperinci, ia memiliki sususan suspensi yang paling ringkas.

Kereta tempatan

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 08

Muzium Automobil Nasional bukan terhad kepada kereta luar, malah kereta nasional turut dipamerkan.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 09

Kereta yang cukup ikonik seperti Proton Waja dan Perodua Kembara juga dipamerkan supaya masyarakat sentiasa menyanjungi kebolehan mereka dalam melakar sejarah produk tempatan.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 10

Pada masa yang sama, jenama seperti Bufori, DRB-HiCOM, dan Modenas dipamerkan dalam satu sudut yang berdekatan.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 11

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 12

Paparan lain yang terdapat dalam muzium ini ialah komponen kereta yang tidak dicantumkan.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 13

Dengan paparan galeri oleh beberapa kenderaan yang cukup berwarna-warni, kami merasakan bahawa kemudahan interaktif seperti paparan melalui komputer dan animasi boleh memberikan pengalaman yang jauh lebih menarik.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 14

Sudut penyelenggaraan di muzium Porsche di Stuttgart

Sejarah penyelenggaraan juga mungkin boleh memberikan lebih nilai terhadap isi kandungan muzium ini.

Penghakhiran lawatan

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 15

Apa yang anda lihat dalam penceritaan ini mewakili 85 % daripada pengalaman muzium yang sebenar. Ia tidaklah begitu banyak tetapi kami bangga akan negara Malaysia yang menghargai sejarah automotif seperti ini. Tambahan pula, bayaran masuk adalah percuma.

Namun begitu, kami mengharapkan supaya muzium ini lebih luas untuk memperlihatkan pelbagai sejarah yang menarik. Pada masa yang sama, kami turut faham akan dana yang diberi untuk memelihara warisan seperti ini adalah agak terhad.

Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang? 16

Apa pendapat anda? Adakah kita memerlukan sebuah muzium automobil? Patutkah muzium ini memberikan lebih ilmu sejarah? Patutkah muzium ini diperluaskan? Atau adakah Muzium Automobil Nasional yang sedia ada sudah mencukupi? Berikan pendapat anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda