window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda?

Mersita · Aug 31, 2020 06:00 PM

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 01

Kadangkala, pelanggaran boleh berlaku tanpa sengaja disebabkan oleh titik buta kereta. Pemanduan berhati-hati bukan saja bermaksud pandu perlahan, tapi ia juga bergantung kepada ilmu dan kebolehan kita dalam mengenalpasti di mana titik buta kereta kita. Beberapa kereta moden dilengkapi bantuan - misalnya Toyota Yaris (gambar atas) ialah salah satu kereta yang paling mampu-milik bagi kereta yang mempunyai kelengkapan pengawasan titik buta kereta.

Maksud titik buta

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 02

Apakah yang dimaksudkan dengan titik buta (blindspot)? Secara amnya, maksud titik buta kereta ialah posisi sudut-pandang di dalam kereta yang secara semulajadinya terlindung daripada pandangan dari tempat duduk pemandu serta cermin sisi dan belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam entri kali ini, kami akan jelaskan di mana posisi titik buta kereta anda supaya anda boleh memandu dengan lebih berhati-hati.

Kenapa anda perlu tahu di mana posisi titik buta kereta anda?

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 01

Contohnya, jika anda mahu menukar lorong atau memotong kenderaan lain di lebuh raya, kebiasaannya anda akan periksa dahulu cermin sisi dan memberi lampu isyarat. Tak kiralah berapa kali anda periksa cermin sisi, anda perlu cukup yakin yang anda dapat beralih ke lorong sebelah dengan selamat.

Tapi, rupanya ada kereta yang meluncur dengan kelajuan sama dan kekal berada betul-betul di posisi titik buta kereta anda. Anda pula secara tak sengaja menghimpit kereta ini. Perkara ini cukup bahaya, dan inilah sebabnya mengapa kita harus beri perhatian pada posisi titik buta kereta kita untuk mengelakkan perkara sebegini daripada terjadi.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 02

Biasanya, lokasi titik buta kereta berada di belakang cermin sisi kereta dan kawasan di sebelah pintu depan dan belakang pada kedua-dua belah kereta anda.

Ini adalah kawasan-kawasan dimana anda terpaksa menoleh kepala anda dengan pusingan/pergerakan fizikal yang agak besar bagi memastikan tiada halangan di sisi kereta semasa memandu.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 03

Semua kereta ada titik buta, walaupun sekecil-kecil Perodua Axia. Di sekolah memandu, kita sememangnya diajar untuk sentiasa menoleh ke belakang untuk memeriksa keadaan sekeliling. Setakat memeriksa cermin sisi tidak memadai.

Apakah titik buta bagi kenderaan berat?

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 04

Satu lagi cara untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya ialah dengan mengetahui kawasan titik buta pemandu lain, terutamanya titik buta kenderaan berat dan besar. Mengenali titik buta lori, treler, bas, dan sebagainya amat membantu.

Anda perlu tahu di mana titik buta lori atau kenderaan berat supaya anda boleh mengelak kawasan titik buta kenderaan besar dan berisiko tinggi ini.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 05

Selain itu, pemandu SUV dan pemandu di sekelilingnya juga perlu tahu di mana titik buta SUV. Lokasi titik buta SUV agak luas kawasannya disebabkan oleh ketinggiannya, oleh itu ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan.

Baca juga: Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar!

Alat bantuan melihat titik buta kereta

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 06

Setelah sekian lama, pengilang kereta terus berusaha untuk menyelesaikan masalah kemalangan yang disebabkan oleh titik buta. Salah satu penyelesaiannya ialah dengan mencipta peranti atau kelengkapan bagi memberi amaran kepada pemandu tentang objek-objek yang terlepas daripada sudut pandangan mereka.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 07

Kamera pengesan titik buta adalah gajet yang cukup mahal untuk dipasang pada kereta. Inilah sebabnya mengapa tidak banyak kereta-kereta biasa yang dilengkapi dengan kemudahan ini. Pembuat kereta seperti Honda berjaya menghasilkan satu sistem alternatif yang dipanggil Honda LaneWatch. Sistem ini boleh didapati di dalam Honda Accord dan Civic baru.

Kita cukup beruntung kerana semakin lama, pemasangan pengesan titik buta semakin lebih mudah dimiliki bagi kereta-kereta penumpang biasa. Antara kereta mampu-milik yang dilengkapi pengesan titik buta ialah dari jenama Toyota, dimana ia adalah yang pertama sekali mengambil peluang ini dengan memasang pengesan titik buta di dalam Vios baru dan juga Yaris.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 08

Selain itu, Toyota Innova facelift 2021 juga sudah dilengkapi dengan pengesan titik buta - menawarkan pakej menarik dalam harga mampu-milik. Betapa pentingnya alat pengesan titik buta (BSM) di dalam kereta sehinggakan Si 'King' Perodua Myvi juga memerlukan BSM untuk kekalkan taraf keselamatan 5 bintang.

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 09

Selain itu, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) turut mendesak agar sistem Pengawasan Titik Buta (Blind Spot Monitor) dijadikan sebuah fungsi wajib dalam kereta untuk menerima 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP. Tiada BSM, tiada 5 bintang.

Beli pengesan titik buta 'aftermarket' jika kereta belum dilengkapi BSM

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda? 10

Bagi kereta yang tidak dilengkapi dengan alat ini dari kilang, ada banyak alatan yang boleh dibeli di luar untuk dapatkan fungsi yang sama.

Tapi, perlu diingatkan yang bagi pemasangan alat penting sebegini, kami amat sarankan anda untuk cari seseorang yang betul-betul pakar untuk memasang peranti tersebut di dalam kereta anda.

Baca juga: Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda