window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge?

Zaid Ā· Jun 19, 2021 11:59 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara menunggu kehadirannya, tahukah anda bahawa tanda nama Jazz pernah diletakkan pada lima jenis kenderaan Honda yang berbeza?

Selain daripada hatchback yang kita kenali, nama Jazz digunakan ke atas City AA, (sebuah skuter spesifikasi Eropah), sebuah motosikal dan juga SUV.

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 01

Mungkin itu sebabnya Jazz dikenali sebagai Fit di Jepun?

SUV tersebut adalah satu-satunya kenderaan Honda yang menggunakan nama Jazz di Jepun dan ianya tidak popular.

Namun, kisah sebenar disebalik Honda dan Isuzu menjadi rakan kongsi adalah sangat menarik dan ianya bermula dengan sebuah Land Rover Discovery.

Di antara persimpangan jalan

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 02

Atas: Rover 400
Bawah: Rover 800

Pada tahun 1980-an, Honda telah bekerjasama dengan Austin Rover yang pada masa itu memerlukan suntikan modal bagi membangunkan model baharu.

Hasilnya, terdapat beberapa model Honda bersembunyi disebalik Land Rover termasuklah model Rover 400 (model ‘rebadged’ Honda Concerto) dan Rover 800 (model asal daripada Honda Legend).

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 03

Sejak populariti SUV kian meningkat pada 1990-an, Honda juga ingin menjadi sebahagian daripadanya namun, ianya tidak berhasil. Sewaktu membangunkan CR-V, Honda mendapatkan bantuan daripada Land Rover.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 04

Kerjasama Land Rover bersama Honda dilihat berat sebelah kerana hanya Land Rover menerima beberapa model yang lebih moden dalam pembikinannya berbanding Honda.

Malah, model Crossroad pasaran Jepun yang diterima Honda pada asasnya hanyalah sebuah Land Rover Discovery yang di ‘rebadged’.

Juga baca: Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 05

Model Crossroad tersebut merupakan satu-satunya model Honda berkuasa V8 namun, prestasinya amat tidak memuaskan.

Ianya juga pernah mengalami situasi panggilan semula kerana mengalami kerosakan yang menyebabkan pintu pemandu terbuka semasa memandu.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 06

Hakikatnya, hubungan antara Honda dan Land Rover tidak berjalan dengan lancar.

Hal ini bertambah buruk apabila pembuat kereta British tersebut mengumumkan penjualan hak miliknya kepada BMW.

Honda ternyata merajuk dan terus memfailkan perceraian mereka.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 07

Honda memperkenalkan semula jenama Crossroad melalui model ini

Honda kian terdesak mencari rakan kongsi bagi membangunkan SUV milik mereka sebelum CR-V diperkenalkan beberapa tahun berikutnya. Nasib mereka baik kali ini kerana, dijodohkan dengan rakan senegeri.

Kerjasama yang lahir atas dasar keperluan

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 08

Isuzu adalah jenama yang sentiasa dikenali dalam pembuatan SUV dan trak. Selain membuat beberapa enjin diesel yang paling tahan lama di planet ini, mereka juga menunjukkan minat untuk hadir dalam pasaran kereta penumpang pada 1990-an.

Juga baca: Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux!

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 09

Ya, ini adalah sebuah Isuzu

Isuzu selaku pembuat kenderaan tertua Jepun, sebenarnya ada menghasilkan keretanya sendiri pada waktu itu. Namun, kebanyakannya adalah hasil kerjasama dengan General Motors.

Selepas kerjasama tersebut berakhir, Isuzu memerlukan rakan kongsi baru dalam menghasilkan barisan model bukan SUV dan trak mereka.

Juga baca: Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden!

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 10

Dengan keadaan Honda yang sedang mencari rakan kongsi dalam pembikinan SUV; dan Isuzu yang mencari kepakaran dalam membuat kereta penumpang, pasangan ini dilihat secocok bagai pinang dibelah dua.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 11

Pada 1993, Isuzu dan Honda membuat perjanjian yang telah memperlihatkan beberapa model 'rebadged' mereka dalam tiga pasaran berikut – Amerika Syarikat, Jepun dan Thailand.

Di bawah ini adalah model yang 'rebadged' bersama model asal mereka mengikut pasaran:

Pasaran Amerika Syarikat
Model 'rebadged' Model asal
Acura SLX Isuzu Trooper
Honda Passport Isuzu Rodeo
Isuzu Oasis Honda Odyssey

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 12

Pasaran Jepun
Model 'rebadged' Model asal
Honda Horizon Isuzu Trooper
Honda Jazz Isuzu MU
Isuzu Gemini Honda Domani
Isuzu Aska Honda Accord

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 13

Pasaran Thailand
Model 'rebadged' Model asal
Honda Tourmaster Isuzu Rodeo/Faster
Isuzu Vertex Honda Integra SJ

Kami akan bercerita tentang kerjasama Isuzu – Honda di Thailand dalam artikel seterusnya. Sekarang, mari kita fokus kepada gandingan SUV aneh daripada Honda dan Isuzu.

Realiti hubungan kerjasama yang terjejas

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 14

SUV Honda Jazz adalah model ‘rebadged’ Isuzu MU yang juga dijual di Malaysia sebagai Opel Frontera.

Kedua-dua model asal ini ditawarkan dengan pilihan 5-pintu, berbanding model ‘rebadged’ yang datang dengan pilihan 3-pintu.

Ianya juga mempunyai nama gelaran yang melucukan – Pleasure Field.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 15

Walaupun dihiasi dengan slogan kata berunsur 90-an yang terletak pada B-pillar dan lencana H itu, ianya ternyata masih sebuah Isuzu.

Enjinnya juga masih sama iaitu sebuah enjin 3.0 liter turbodiesel (120 PS/270 Nm) dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 16

Sesuai dengan gelaran Jazz sebagai 'Pleasure Field', Honda menawarkan aksesori ubah suai off-road bagi model ini.

Versi Honda dilihat sedikit mewah dengan adanya cermin pandang sisi elektrik bersama fungsi pemanas yang ditawarkan sebagai ciri standard.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 17

Namun begitu, SUV Jazz bersama model yang semakin dilupakan iaitu Honda Horizon, menunjukkan prestasi jualan yang tidak memuaskan di Jepun.

Situasi yang sama berlaku kepada Isuzu Gemini dan Aska, keempat-empat model mencatatkan prestasi jualan yang tidak memuaskan.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 18

Generasi ke-2 Passport mengalami isu yang jarang dilihat pada sebuah Honda - karat 

Berbeza dengan Honda Passport di Amerika Syarikat, prestasi jualan adalah lebih baik.

Namun, Acura SLX dan Isuzu Oasis sebaliknya mencatatkan prestasi yang merudum. Model terakhirnya juga dihentikan produksi tidak lama kemudian.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 19

Kesimpulannya, hubungan antara Isuzu dan Honda adalah tidak berjaya.

Di Amerika dan Jepun, Isuzu dengan lencana H hanya digunakan untuk membawa masuk model CR-V semata-mata.

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 20

Setelah CR-V dilancarkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada 1995 dan 1997, Honda kini mempunyai sebab kukuh untuk meneruskan jualan model ‘rebadged’ SUV Isuzu miliknya.

Model Passport diteruskan jualannya sehingga 2002, dan jualan model lain berakhir kerana CR-V telah mula meningkat popularitinya.  

Juga baca: Honda SUV e:concept di pratonton; sekilas reka bentuk Honda akan datang?

Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge? 21

Honda akhirnya menghasilkan lebih banyak SUV termasuklah HR-V, sementara kereta penumpang milik Isuzu tidak lagi wujud di pasaran.

Seperti hubungan Honda dan Land Rover pada 1980-an, kerjasama ini dilihat berat sebelah. Honda jelas sekali menjadi mangsa dalam kedua-dua gandingan tersebut.

Juga baca: Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda