window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia

Faisal · Sep 11, 2020 11:03 AM

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 01

Pada era yang serba membangun ini, kenderaan seperti kereta, motosikal, bas, lori, dan kenderaan jenis komersil digunakan untuk memudahkan urusan harian. Pada masa yang sama, kita turut terserempak dengan pelbagai kenderaan lain di jalan raya.

Sekiranya anda perasan, setiap kenderaan mempunyai nombor pendaftaran yang berbeza. Mengapakah ia berbeza dan terpampang secara jelas? Mengapa ia tidak tersembunyi seperti sebuah telefon bimbit yang turut digunakan oleh orang ramai?

Untuk membezakan pemilikan setiap kenderaan, mempunyai plat nombor di bahagian hadapan dan belakang lebih memudahkan kerana kenderaan agak sukar untuk dibezakan. Selain itu, kenderaan tidak mempunyai perbezaan yang nyata untuk membezakan hak pemilikan seperti sebuah telefon bimbit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 01

Telefon bimbit mempunyai pelbagai jenis sarung badan, pelbagai jenis pelindung skrin, dan pelbagai tanda calar atau kemek yang boleh membantu untuk membezakan antara satu sama lain.

Selain itu, pengguna jalan raya cenderung untuk melakukan kesilapan atau menyalahi undang-undang. Oleh itu, industri menetapkan untuk meletakkan plat nombor secara jelas supaya mudah untuk pengguna lain melaporkan penyalahgunaan jalan raya, kemalangan atau pencurian hak milik.

Untuk pengetahuan anda, sistem pendaftaran kenderaan atau plat nombor bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 02

Eu Tong Sen merupakan individu yang terkaya pada zaman British

Kenderaan pertama di negara kita dibawa masuk oleh peniaga yang bernama Eu Tong Sen pada tahun 1902 yang tinggal di negeri Perak.

Pada waktu itu, belum ada keseragaman dalam sistem pendaftaran kerana pendaftaran kenderaan diuruskan oleh ketua polis negeri masing-masing yang memiliki peraturan yang berbeza. Ada negeri yang mewajibkan pendaftaran dan ada yang tidak memerlukan langsung.

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 03

Sumber imej: europlate.co.uk

Kereta milik Eu Tong Sen didaftarkan dengan huruf ‘PK’ kerana ketua polis di sana merasakan singkatan ‘PK’ sesuai dengan nama Perak.

Pada tahun 1945, wujud usaha kerajaan British untuk menyatukan sistem pendaftaran yang sedia ada agar lebih mudah untuk dikendalikan dan lebih teratur berbanding sistem yang berdasarkan peraturan oleh negeri masing-masing.

Walaupun Eu Tong Sen adalah pengguna kereta pertama di sini, pemilikan plat pendaftaran pertama bukanlah miliknya.

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 04

Claudy Henry Labrooy ialah individu British yang disanjungi di Perak

Rekod pendaftaran pemilik pertama yang berjaya mendapat plat nombor ‘A 1’ ialah kontraktor dan arkitek British yang tinggal di Ipoh, Perak. Beliau mendapat keistimewaan untuk memiliki plat nombor pertama kerana sumbangan beliau terhadap pembangunan di Ipoh.

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 05

Pada masa yang sama, Perak mendapat abjad pertama ‘A’ kerana negeri itu mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan yang paling tinggi ketika itu. Hal ini disebabkan oleh kekayaan sumber bijih timah yang membolehkan rakyatnya mampu untuk memiliki kenderaan.

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 06

Plat nombor 'A 1' diamanahkan kepada kerabat Selangor untuk menjaga warisan negara 

Pada tahun 1914, jalan raya yang dibina untuk menghubungkan kawasan penempatan ke Lembah Kinta membuatkan penggunaan kenderaan semakin meluas.

Perhubungan ini menjalinkan ikatan yang lebih jauh ke negeri lain yang menjadikan Selangor (Plat B) sebagai negeri kedua yang memiliki kenderaan, diikuti oleh Pahang (Plat C), dan Kelantan (Plat D).

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 07

Penentuan plat nombor kenderaan untuk negeri seterusnya lebih berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Di samping itu, huruf ‘H’ digunakan untuk kenderaan jenis teksi.

Sekiranya anda perhati bermula lewat era 90-an, terdapat beberapa plat nombor unik yang digunakan bersempena dengan sesuatu. Antara yang sering kita jumpa ialah:

Nombor Pendaftaran Tujuan dikeluarkan / Sempena
Putrajaya Perasmian W.P. Putrajaya
NAZA Kenderaan Naza yang tertentu
BAMBee Piasa Thomas dan Uber 2000
SUKOM Sukan Komanwel 1998
X OIC Sidang Kemuncak OIC 2003
XII NAM Sidang Kemuncak NAM 2003
1M4U Pelancaran kempen 1 Malaysia For Youth
Patriot Sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
VIP Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
PERFECT Pelancaran Pengutip Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
RIMAU Sukan Sea 2017
NBOS Program National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Tahukah Anda: Sejarah awal nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia 08

Untuk kegunaan tentera dan askar, pihak berkuasa telah menetapkan untuk menggunakan huruf ‘Z’ kerana ia tidak mewakili mana-mana negeri atau apa jua kegunaan lain.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda