window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake

Haris · Jun 27, 2020 07:00 AM

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake 01

Jeremy Clarkson pernah menyebut, “Tiada yang lebih mengujakan makwe berbanding pusingan drift yang dilaksanakan dengan baik.” Oleh itu, seorang pembaca ada bertanyakan mengenai soalan menarik ini.

Macam mana nak drift kalau guna EPB (Electric Parking Brake)?

Jawapan adalah ya dan tidak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum itu, EPB adalah sistem yang menarik brek tangan anda ketika parkir secara automatik. Sistem ini membolehkan brek tangan konvensional (jenis tombol) dikeluarkan dari kereta, menjadikan konsol tengah lebih rata dan sesuai dengan estetika kereta mewah. Jadi, bila tiada tombol brek tangan, macam mana nak drift?

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake 01

Electronic Parking Brake

Mari kami terangkan

Semakin banyak tanggungjawab telah diberikan kepada sistem pemprosesan kereta sehinggakan keseronokan mekanikal tidak lagi mengujakan. Namun ini semua perlu supaya pemanduan yang lebih selamat dan lebih mudah. 

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake 02

Dengan brek tangan mekanikal, mudah untuk merasai daya brek pada roda belakang, yang membolehkan pemandu profesional menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan pemanduan.

Tonton sendiri video Nick Murray ini. Dalam masa yang sama, wajar untuk mengingatkan bahawa cara drift menggunakan EPB kurang lancar. Sistem masih mampu mencengkam roda belakang secara normal tetapi masalahnya adalah waktu pengaktifan EPB lebih lambat jika dibandingkan dengan brek tangan mekanikal. 

Hal ini kerana EPB digerakkan oleh motor elektrik yang kecil. Kesan dari ciri keselamatan kereta juga menghadkan jumlah daya brek yang anda boleh paksa ke gandar belakang.

Anda boleh mencuba teknik drift ini dengan kereta anda sendiri namun jangan cuba aksi ini di jalan umum atau pada kelajuan tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Chris Harris, kerana setiap kereta bertindak balas secara berbeza dengan keadaan jalan. Selamat men-drift!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda