window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda!

Haris ยท Aug 7, 2022 10:00 AM

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 01

 

Pelan pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan sebagai inisiatif norma baharu. Sebagai agensi pengangkutan paling sibuk di Malaysia, JPJ telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan sistem penggiliran JPJeQ bagi menggantikan sistem penggiliran fizikal.

Jika anda perlu berkunjung ke mana-mana cawangan JPJ untuk sebarang urusan, berikut adalah panduan untuk aplikasi Sistem Penggiliran JPJeQ.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 01

1. Muat turun aplikasi JPJeQ di Google Play Store atau Apple App Store.

2. Siapkan SEMUA dokumen yang diperlukan. Pegawai JPJ akan menyaring pelanggan yang hadir sebelum mengambil nombor berdasarkan kelengkapan dokumen.

3. Buka aplikasi dan scan QR Code.

4. Nombor akan diberikan melalui JPJeQ dengan kedudukan menunggu serta masa menunggu.

5. Giliran anda akan dipanggil melalui aplikasi beserta nombor kaunter untuk urusan.

Tips dan FAQ untuk JPJeQ

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 02

S: Adakah saya perlu datang secara fizikal untuk mengambil nombor?

J: Ya. Aplikasi JPJeQ memerlukan akses kepada lokasi anda justeru anda perlu hadir secara fizikal.

S: Bolehkah saya melakukan urusan sekiranya saya kurang upaya, tiada telefon pintar atau mempunyai kesusahan untuk menggunakan telefon pintar?

J: Pada kebiasannya, cawangan JPJ utama mempunyai kaunter khidmat pelanggan untuk pelanggan kurang upaya dan sebagainya. Kaunter ini boleh didatangi tanpa perlu mengambil nombor. Pegawai akan membantu (bukan menyelesaikan) masalah yang dihadapi.

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 03

Nombor tetap dipaparkan di skrin

S: Apa akan jadi jika saya terlepas nombor?

J: Nombor anda akan ditamatkan dan anda perlu mengambil semula nombor. Tips: Benarkan akses aplikasi JPJeQ untuk memberi notifikasi kepada anda secara getaran, bunyi dan tetingkap popup.

S: Adakah anggaran waktu menunggu tepat?

J: Perkhidmatan JPJ kini sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Anggaran waktu sekadar panduan kerana selalunya ia adalah lebih cepat berbanding apa yang dipaparkan.

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 04

S: Masih ada barisan di kaunter JPJ, adakah ini barisan menunggu?

J: Barisan tersebut adalah untuk menyemak kelengkapan dokumen sahaja. Saringan ini penting bagi memudahkan pegawai yang bertugas di kaunter seterusnya untuk memenuhi urusan. Nombor akan diberikan selepas dokumen disemak lengkap oleh pegawai.

Apa lagi tips ringkas sebelum melakukan urusan JPJ?

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 05

Anggaran waktu menunggu 52 minit. Tempoh sebenar menunggu hanya dalam 30 minit sahaja

Gambar berukuran passport spesifikasi JPJ - Untuk membuat lesen L, gambar berukuran passport mestilah diambil berlatarbelakang warna PUTIH dan bukannya berwarna biru. Sila sediakan sebelum urusan.

JPJ kini lebih cenderung melakukan transaksi nirtunai (cashless). Sediakan kad kredit atau kad debit sebelum urusan. Namun terminal bayaran untuk aplikasi e-Wallet masih belum disokong (sekurang-kurangnya di beberapa cawangan yang penulis lawati).

Tak ada orang beratur di JPJ dah, ini cara guna apps JPJeQ untuk urusan anda! 06

Syabas diucapkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan kerana perkhidmatan yang ditawarkan sememangnya jauh lebih baik berbanding dahulu. Aplikasi penggiliran digital ini juga dengan mudah menyelesaikan masalah beratur panjang di mana-mana cawangan JPJ. Semoga panduan ini bermanfaat kepada pengguna.

Baca: JPJ pertimbang beri ganjaran jika lapor kesalahan trafik menerusi 'app' e-ADUAN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda