window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula!

Mersita · Apr 13, 2021 02:30 PM

Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula! 01

Syarikat pengeluar drone komersial terbesar di dunia, DJI, dikhabarkan akan menghasilkan kereta elektrik (EV) berteknologi tinggi di China tidak lama lagi. Syarikat DJI yang terkenal dengan produk-produk mereka seperti rangkaian drone Mavic serta pengimbang OM telah menubuhkan satu lagi syarikat dipanggil DJI Automotive, lapor CarNewsChina.com.

Sebagai permulaan, DJI Automotive akan menayangkan sebuah kereta konsep di Shanghai Auto Show yang akan berlangsung di sana hujung bulan ini.

Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika diamati imej di atas, kereta elektrik konsep ini mempunyai bentuk SUV-coupe dengan unit lampu yang tampak besar dan meleret dari hujung ke hujung bahagian hadapan kereta itu – memberi gambaran rekaan yang futuristik dan moden.

Lebih menarik, imej acah bagi kereta konsep ini ditayangkan dengan menunjukkan sistem-sistem penderia (sensor) DJI yang pelbagai di sekeliling kereta berkenaan dan bukannya badan kereta itu sendiri.

Menurut laporan akhbar auto China itu, versi produksi yang sebenar dijangka akan menembusi pasaran automotif China menjelang tahun 2022.

Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula! 01

Drone DJI beraksi. Gambar: DJI

Sebuah lagi rakan syarikat DJI iaitu Livox berperanan sebagai pembekal bagi sistem Lidar Tele-15 bagi kereta elektrik berautonomi yang akan dihasilkan DJI ini. Sistem Lidar (Light Detection and Ranging) ini yang juga dijual kepada pembuat kereta lain seperti XPeng dan AutoX dilaporkan mempunyai kebolehan julat jarak sejauh 500 meter.

Dalam perkembangan berkaitan, Xpeng dilaporkan baru sahaja melengkapkan ekspedisi rentas China sejauh 3,675 km dengan pemanduan secara berautonomi. Ekspedisi ini adalah pemanduan autonomi terpanjang oleh kenderaan yang dihasilkan secara besar-besaran di China.

Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula! 02

Ekosistem aksesori gimbal DJI RS 2 oleh Tilta

Merujuk kepada beberapa media China yang lain, cabang syarikat DJI Automotive barangkali tidak semestinya membina kenderaan lengkap. Sebaliknya, ia membekalkan solusi pemanduan berautonomi kepada syarikat-syarikat automotif lain di bawah jenama “DJI Automotive” dan berperanan sebagai pembekal Tier 1 di dalam industri itu – membantu syarikat kereta untuk membina kereta berautonomi dengan pantas yang mampu-milik serta mesra pengguna.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda