window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar!

Haris ยท Jan 21, 2021 01:00 PM

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar! 01

Seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan selepas kegiatannya menyeludup ketum (bahan terlarang) berjaya dihidu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, suspek menggunakan lori jenis bonded berkapasiti 3 tan untuk melakukan aktiviti jenayah tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar! 01

Lelaki tersebut didapati telah mengeluarkan duit i-Sinar dari akaun sendiri bagi menyewa lori berkenaan.

Modus operandinya mudah. Penghantaran dibuat dari Kuala Nerang, Kedah ke Seremban, Negeri Sembilan dengan bayaran lumayan sebanyak RM 2,000 sekali penghantaran. Kos sewaan lori pula hanyalah RM 2,500 sebulan.

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar! 02

Tambah Arriz lagi, suspek yang berasal dari Sungai Petani itu tiada sebarang rekod jenayah lampau selain saringan ujian air kencing juga negatif.

"Suspek dipercayai menyewa lori untuk menghantar pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan setelah diberhentikan kerja sebagai pemandu bas ekspres tahun lalu namun dicekup ketika cuba menyeludup ketum.

"Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu direman selama empat hari bermula Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar! 03

Suspek tertangkap ketika memandu lori tersebut secara mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 80 beg kanvas dan guni berisi daun ketum seberat 1.5 tan yang dianggarkan bernilai RM22,000 berada dalam lori tersebut.

Tak cukup dengan keuntungan hantar barang, lelaki seludup ketum guna duit KWSP i-Sinar! 04

Gambar hiasan

Bagi usahawan yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecil yang halal, Wapcar.my ada menyenaraikan 5 kereta bawah RM 20k bagi usahawan kecil sederhana. Lori memang mampu membawa muatan banyak tetapi kereta kurang menonjol dalam melakukan penghantaran.

Pilih kekuatan atau kebijaksanaan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda