window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan

Khairil · Dec 11, 2020 12:00 PM

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 01

Harapan untuk melihat legenda rali negara, Karamjit Singh kembali berlumba makin cerah apabila pertemuannya bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, semalam menghasilkan keputusan positif.

Kisah bekas juara Kejuaraan Rali Dunia (WRC) itu yang dilaporkan terpaksa menjual kereta miliknya dan ingin bekerja sebagai pemandu Grab bagi meneruskan kelangsungan hidup mendapat perhatian hangat media, baru-baru ini.

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam pertemuan berkenaan di Parlimen, Reezal dikatakan serius mahu membantu pelumba berusia 58 tahun itu terutama mencari sumber penajaan bagi penyertaan di Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC), tahun depan.

Pertemuan juara APRC tahun 2001 dan juara WRC kategori Kereta Pengeluar Dunia FIA pada 2002 bersama bos Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu dibantu Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB).

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 01

Sumber imej: Harian Hetro

Diberi julukan 'Flying Sikh', Karamjit begitupun berkata, dia memerlukan kira-kira RM3 juta untuk menyertai kejuaraan berkenaan yang dijadual berlangsung sebanyak lapan siri bermula Mac tahun depan.

"Saya ingin menyertai Kejuaraan Rali Asia Pasifik sekali lagi. Harap tahun depan dengan kereta Proton Iriz R5 yang sudah siap dibuat di England.

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 02

"Kami ingin membeli sebuah kereta daripada mereka (pembuat kereta di England) termasuk alat ganti untuk kereta berkenaan. Untuk setahun, kurang daripada RM3 juta untuk menyertai lapan pusingan. Menteri berjanji untuk membantu saya menyertai (APRC) lagi."

Baru-baru ini, Karamjit, dilaporkan menjual kereta kesayangannya Proton Waja pada harga RM7,000 bagi mendapatkan modal membeli kereta baharu untuk bekerja sebagai pemandu Grab.

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 03

Sumber imej: PROTON Motorsports

Mengulas lanjut, Karamjit berkata dia belum berfikir untuk menggantung sut lumbanya selain amat menghargai sokongan yang diterima daripada Reezal dan YAKEB.

"Belum ada niat untuk bersara. Saya masih ingin berlumba, paling tidak lima tahun lagi," kata Karamjit. "Saya berterima kasih kepada menteri dan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (Pengerusi YAKEB) kerana membantu saya. Gembira rasanya kerana ada peluang untuk menyertai rali pada tahun depan."

Tak jadi bawa Grab, KBS serius bantu 'Flying Sikh' kembali berlumba di APRC tahun depan 04

Memetik kenyataan dalam Twitternya, Reezal berkata: “Saya faham ramai yang menzahirkan keprihatinan tentang juara rali dunia, Karamjit Singh. Saya sempat berjumpa dengan beliau dan mendengar situasi beliau ketika ini.

Insya-Allah saya dan KBS memberi komitmen sebaiknya agar kita dapat melihat Karamjit Singh dapat beraksi semula.”

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda