window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak kuasa layan rajuk, lelaki ini dukung teman wanita naik Yamaha Aerox (NVX), jadi parodi?

Khairil ยท Oct 17, 2021 10:00 AM

Tak kuasa layan rajuk, lelaki ini dukung teman wanita naik Yamaha Aerox (NVX), jadi parodi? 01

Merajuk tanda sayang. Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk sepasang kekasih atau mungkin suami isteri yang drama mereka 'berbalah' di tepi jalan di Indonesia mengundang dekah netizen. 

Tular menerusi laman sosial TikTok, rakaman video itu menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di bahu jalan tidak mengendahkan panggilan lelaki menunggang skuter jenis Yamaha Aerox atau dikenali NVX di Malaysia yang mengekorinya.

Juga baca: Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak kuasa layan rajuk, lelaki ini dukung teman wanita naik Yamaha Aerox (NVX), jadi parodi? 01

Selepas wanita itu tampak berterusan tidak menghiraukannya, lelaki itu bertindak nekad ketika kedua-duanya tiba di selekoh. 

Dengan pantas memarkir motosikalnya di tepi jalan, lelaki itu kemudian menarik tangan teman wanitanya dan mengendongnya naik ke atas motosikal.

Tak kuasa layan rajuk, lelaki ini dukung teman wanita naik Yamaha Aerox (NVX), jadi parodi? 02

Menurut video yang dimuatnaik oleh @myname_myme di TikTok itu, dia pada awalnya menyangka motor yang dinaiki pasangan berkenaan kehabisan minyak kerana wanita berkenaan berjalan dari jauh. 

Begitupun, ia meleset kerana wanita itu sebenarnya sedang merajuk.

"Untung digendong, kalau ditinggal pasti nanges," kata pemilik akaun berkenaan.

Juga baca: Yamaha Aerox 155 (NVX 155) Connected/ABS 2020 disarung 'Livery' edisi MotoGP di Indonesia

Tak kuasa layan rajuk, lelaki ini dukung teman wanita naik Yamaha Aerox (NVX), jadi parodi? 03

Terhibur dengan 'drama' berkenaan, video itu mendapat jutaan tontonan di laman berkenaan dengan netizen, bukan saja di Indonesia malah di negara ini.

Dan menariknya, turut timbul satu video yang berkemungkinan parodi untuk adegan berkenaan dengan watak lelaki pula didukung wanita. Video ada di bawah.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda