window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini!

Khairil · Mar 30, 2023 01:00 PM

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 01

Suzuki Motor Thailand, baru-baru ini mengemaskini penawaran kapcainya, Suzuki Smash 115 FI (2023), model dan nama yang satu ketika dulu pernah menghiasi pasaran tempatan.

Tidak seperti di Malaysia atau di Indonesia yang juga sudah menghentikan penjualan Suzuki Smash sejak tahun 2021, nasib Smash tampak lebih baik di Thailand dan diberikan penyegaran bagi versi 2023.

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, pembaharuan yang dilakukan bukanlah secara besar-besaran namun hanya membabitkan kosmetik iaitu penawaran warna baharu.

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 01

Ultimate Gray

Secara keseluruhan, empat pilihan warna ditawarkan untuk Suzuki Smash 115 FI (2023) di Thailand iaitu:

  • Onyx/Alpha Red (Kombinasi hitam, merah metalik)
  • Ultimate Gray (Kelabu) 
  • White/Burgundy (Kombinasi putih, merah)
  • Stellar Blue/Silver (Kombinasi biru, silver)

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 02

White/Burgundy

Apa yang lebih menarik, beberapa penyegaran lain turut dilakukan termasuk beberapa komponen dipadankan dengan warna merah seperti di bahagian kaliper brek cakera depan dan fork belakang.

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 03

Stellar Blue/Silver

Untuk pilihan warna Ultimate Gray dan White/Burgundy, pelana juga menggunakan kulit berwarna merah.

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 04

Onyx/Alpha Red

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dilakukan. Justeru, Suzuki Smash 115 FI (2023) di Thailand kekal dengan enjin bersesaran 113 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara, SOHC yang digandingkan kotak gear 4 kelajuan klac semi auto.

Kuasa yang dihasilkan adalah 9.3 PS pada 8,000 rpm dan tork 9.1 Nm pada 6,000 rpm.

Tak lagi dijual di Malaysia, Suzuki Smash 115 FI (2023) kekal di kalatog Suzuki Thailand, dapat kemas kini! 05

Tak diketahui sama ada Suzuki Malaysia berminat untuk membawa masuk Suzuki Smash FI kembali ke pasaran tempatan tetapi jika berlaku, ia pasti satu perkembangan yang menarik kan?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda