window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak mahu individu tiada vaksin terlepas, JPJ akan giat pantau kenderaan awam!

Haris ยท Oct 13, 2021 10:00 AM

Tak mahu individu tiada vaksin terlepas, JPJ akan giat pantau kenderaan awam! 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis akan meningkatkan pemantauan terhadap kenderaan awam seperti bas dan teksi bagi mengelakkan mereka yang tidak lengkap vaksin Covid-19 merentas negeri.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Ali Piah berkata, pihaknya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu dan penumpang kenderaan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres serta teksi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak mahu individu tiada vaksin terlepas, JPJ akan giat pantau kenderaan awam! 01

"Selain 'snap cheak' atau sekatan jalan raya (SJR), kita akan melakukan penguatkuasaan dengan menempatkan anggota di terminal atau stesen bas untuk menyemak status vaksinasi pemandu dan penumpang kenderaan.

"Kita akan memastikan kesemua pemandu dan penumpang kenderaan awam lengkap dua dos vaksin Covid-19," katanya kepada pemberita selepas meninjau Operasi Bersepadu JPJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada Selasa.

Tak mahu individu tiada vaksin terlepas, JPJ akan giat pantau kenderaan awam! 02

Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan tiada individu yang tidak lengkap vaksinasi keluar daripada Perlis menggunakan kenderaan awam.

Beliau berkata, penumpang atau pemandu yang dikesan tidak lengkap vaksinasi akan diarahkan turun dari kenderaan.

"Kita akan semak dan sekiranya pegawai ditempatkan di stesen mendapati ada yang belum lengkap vaksin, maka individu terlibat tidak akan dibenarkan menaiki bas untuk rentas negeri," katanya.

Baca: Tak lengkap vaksin dah cuba rentas negeri, polis Kelantan arah 1 keluarga patah balik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda