window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah!

Mersita Β· Oct 15, 2022 02:00 PM

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah! 01

Sememangnya tak dapat dinafikan, Suzuki Jimny adalah sebuah SUV kecil yang sangat popular. Bagaimanapun, ia tidak mudah didapati dan senarai menunggunya teramatlah panjang. Walau unit terpakai dijual pada harga yang sangat tinggi. Bagi peminat tegar SUV ini, mungkin kehampaan tersebut boleh terubat seketika dengan adanya kotak tisu berbentuk Suzuki Jimny ini!

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah! 02

Menurut kenyataan akhbarnya, rancangan bagi menghasilkan kotak tisu basah berbentuk Suzuki Jimny kecil ini mengambil masa setahun untuk dibangunkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah! 01

β€˜Miniature’ berskala 1/12 yang cukup realistik ini didatangkan lengkap dengan perincian kecil yang disusun teliti, misalnya lencana Jimny, jejaring corak sarang lebahnya, tayar yang boleh diputarkan, dan juga bonet yang boleh dibuka untuk memberi ruang simpanan tambahan bagi objek kecil seperti kunci.

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah! 02

Tapi, apabila ia kehabisan tisu, anda boleh mengisinya semula dengan tisu baru ataupun digunakan untuk tujuan lain. Syarikat yang menghasilkan model skala Jimny ini juga menyarankan yang ia boleh digunakan sebagai rak perencah atau pasu tumbuhan kecil!

Juga baca: Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun!

Tak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah! 03

Berukuran 285 mm panjang, 145 mm lebar, dan 135 mm tinggi, Jimny β€˜miniature’ ini dijual pada harga JPY 5,500; atau sekitar RM 177.

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda