window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka

Faisal · Aug 23, 2021 08:00 PM

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 01

Kalau anda nak tahu, Singapura merupakan negara Asia Tenggara pertama yang ada bilik pameran Bugatti. Tetapi di belakangnya, ada satu tempat yang dinamakan sebagai Wearnes Bonded Gallery. Secara teknikal, ia merupakan tempat dimana golongan ‘kayangan’ Singapura simpan kereta yang mereka beli, khususnya kereta yang tidak dibenarkan untuk pandu. Macam tak masuk akal pula kan?

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 02

Untuk maklumat anda, negara kecil seperti Singapura tidak mempunyai tempat yang cukup untuk pandu kereta eksotik seperti Bugatti. Jadi daripada beli kereta untuk dipandu, lebih baik orang kaya di sana simpan sebagai galeri seni.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau difikirkan, mereka kiranya sanggup beli kereta eksotik tanpa cukai dan simpannya di pusat yang diluluskan oleh kerajaan.

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 01

Bercakap mengenai cukai, istilah ‘bonded’ yang diutarakan bermaksud cukai barang yang belum dibayar. Secara tidak langsung, barang itu tidak boleh dibawa keluar dari zon kastam.

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 02

Di sinilah bergunanya Wearnes Bonded Gallery. Selain diluluskan oleh kerajaan, pusat ini juga dijadikan galeri buat pengumpul menyimpan koleksi pembelian mereka. Kiranya, orang kaya yang paling kaya di Singapura akan beli kereta eksotik tanpa cukai dan tinggalkkannya di bawah jagaan Wearnes.

Untuk pengetahuan anda, kos pembinaan pusat menyimpan supercar ini dilaporkan mencecah 30 juta SGD (RM 93 juta). Untuk mengekalkan kereta supaya berada dalam keadaan yang baik. galeri ini turut menggunakan pengawal kelembapan.

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 03

Dari apa yang kami faham, pusat yang mempunyai 8 tingkat dan berkeluasan 200,000 kaki persegi ini dijadikan rumah buat beberapa kereta eksotik dari Ferrari, Porsche, Bentley, Rolls-Royce, dan Jaguar. Kalau anda lihat, Rimac pun ada. Malah, Bugatti Divo yang berharga €5 juta (RM 25 juta) pun tidak terkecuali.

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 04

Tetapi yang sayangnya, pemilik tidak boleh menyimpan kereta sebegini di rumah masing-masing. Jadi, buat apa beli kan?

Menurut Wearnes, tujuan pemilik-pemilik ini beli hanyalah sebagai koleksi. Tambahan pula, mereka boleh mewariskannya ke generasi yang akan datang.

Selain menyimpan koleksi mereka, pemilik juga boleh anjurkan pesta makan dan arak sambil tayang kereta-kereta eksotik mereka.

Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka 05

Menariknya, galeri peribadi ini juga mempunyai dapur, ruang tamu, ruang santai, dan tempat menghisap rokok. Hisap sambil tengok kereta-kereta eksotik pun best juga kan?

Buat anda yang bertanya, setiap pemilik dikenakan cas sebanyak 1,200 SGD (RM3,800) setiap bulan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda