window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke?

Mersita ยท Aug 22, 2021 11:59 AM

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 01

Jawapan ringkasnya ialah tidak – anda tidak akan disaman jika memandu berkaki ayam atau tanpa kasut/selipar di Malaysia, hanya jika anda memandu kereta persendirian anda sendiri. Namun, jika anda pemandu kenderaaan komersial di Malaysia, contohnya pemandu e-hailing, anda akan disaman jika tertangkap tidak memakai kasut atau selipar semasa memandu.

Bulan lalu, seorang pemandu di Pulau Pinang tidak berpuas hati lalu memuatnaik satu rakaman video menunjukkan bagaimana seorang pegawai polis ingin memeriksa jika dia memakai selipar atau tidak semasa memandu.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak kejadian itu, wartawan cuba menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mengesahkan yang pelaku tidak melanggar undang-undang apabila memandu kereta persendirian dengan berkaki ayam.

Walaubagaimanapun, wujud undang-undang bagi kesalahan memandu tanpa kasut bagi teksi, bas, lori, dan kereta e-hailing. Pemandu-pemandu ini termasuk dalam kategori pemandu kenderaan komersial dan juga pemegang lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA).

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 01

Pemandu kenderaan komersial perlu ada lesen ini. Jika mereka tertangkap menjalankan tugas memandu tanpa memakai kasut, pesalah akan dikenakan saman

Jika pemandu KPA ditangkap memandu dengan berkaki ayam, mereka boleh disaman sebanyak RM 150.

Undang-undang bagi pemandu KPA dimana mereka diwajibkan berpakaian sopan, kemas dan bersih (ini termasuk kasut) dibentuk bukan saja bagi menjaga tata kelakuan pemandu sebagai pemberi perkhidmatan awam, tapi ia juga bagi memastikan keselamatan pemandu-pemandu ini sentiasa terjaga kerana memandu dengan berkaki ayam adalah berbahaya.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 02

Bagi kaum wanita: Daripada memandu dengan kasut tumit tinggi, eloklah jika disimpan sepasang selipar khas untuk kegunaan di dalam kereta

Undang-undang ini sedia termaktub di dalam Kanun 15(b) Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Tata Kelakuan Pemandu, Konduktor, dan Penumpang) 1959.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 03

Contoh kes selipar tersekat di antara pedal kereta

Kenapa memandu berkaki ayam itu bahaya?

Seorang pengurus latihan dari Despark College pernah memberitahu Free Malaysia Today yang walaupun difahami pemandu mahukan rasa sensasi taktil apabila memijak pedal tanpa sebarang lapik, kelakuan tidak memakai kasut/selipar tidak sesuai untuk masa kecemasan.

Jika pedal berkenaan basah, kaki pemandu tanpa kasut boleh tergelincir dan berisiko untuk hilang kawalan pedal serta mengakibatkan kemalangan. Jika mereka terkena situasi malang dimana kereta tiba-tiba terbakar, kaki pemandu boleh cedera teruk.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 04

Tolonglah jangan…

Memakai kasut semasa memandu bukan saja lebih selamat, ia juga membolehkan anda untuk berlari keluar dari kereta dengan cepat dan selamat jika berlaku kejadian tidak diingini.

Tapi, tak semua kasut dianggap sesuai untuk dipakai ketika memandu. Seorang mentor juara rally pernah memberitahu kami yang ‘sneakers’ atau kasut larian seperti Nike tidak sesuai untuk dipakai ketika memandu kerana tapaknya yang terlalu tebal.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 05

Ahli akademik automotif, Chew Kim Loong memberitahu FMT yang kasut memandu paling sesuai haruslah tidak terlalu tebal atau terlalu nipis, dan ia mesti mempunyai cengkaman mencukupi pada pedal. Dengan cara ini, pemandu boleh mengagak berapa jauh pedal telah dipijak dan berapa banyak tekanan yang perlu dilepaskan.

Kasut memandu yang ideal juga membolehkan pemandu untuk menekan brek dengan kuat semasa kecemasan. Bagi mereka yang pernah menghadiri kelas memandu ‘advanced’ akan tahu bahawa situasi hidup atau mati boleh bergantung kepada betapa kuatnya dan betapa pantasnya pemandu memijak pedal brek.

Tak pakai kasut semasa memandu di Malaysia boleh kena saman ke? 06

Ada banyak kasut yang sesuai untuk dipakai semasa memandu, termasuklah ‘loafers’. Nota: Tidak ditaja oleh Puma mahupun Porsche

Kasut yang sesuai juga tidak boleh terlalu lebar bagi mengelakkan tersalah pijak pedal. Kasut yang sesuai juga adalah pilihan sebaik-baiknya berbanding selipar kerana selipar jepun misalnya, boleh tertanggal atau tergelincir walau disebabkan oleh kaki berpeluh – dan ini akan meningkatkan risiko kejadian tidak diingini.

Ingat; undang-undang dibentuk bagi memastikan keselamatan kita dan orang sekeliling sentiasa terjaga. Segelintir daripada kita boleh perlekehkan saja perkara sekecil berkaki ayam atau berselipar jepun basah semasa memandu – selagi tak kena batang hidung sendiri gamaknya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda