window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya

Mersita · Jul 25, 2021 02:00 PM

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 01

Satu trend yang semakin banyak dilihat pada kereta moden masa kini ialah mod pemanduan yang pelbagai. Ia selalunya diprogramkan mengikut turutan ini: Eco, Comfort/Normal, Sport. Ada kereta yang dilengkapi banyak lagi mod, ada pula yang hanya ada tiga mod minima ini.

Selalunya, mod-mod ini akan merubah berat stereng, suspensi (jika ianya adaptif), dan juga tindak balas pendikit (throttle response). Oleh itu, mod Eco dianggap membantu anda jimat minyak, bukan? Hakikatnya, ia mungkin hanya memberi efek plasebo yang membuatkan anda rasa seperti anda sedang jimat minyak, tapi sebenarnya tidak. Ini sebab-sebabnya.

Anda patut kawal sepenuhnya

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 02

Mod Eco sepatutnya kaki kanan anda

Walau berapa banyak mod yang digunakan, Eco atau tidak, jumlah minyak yang digunakan oleh kereta anda bergantung dan dikawal oleh anda sendiri sebagai pemandu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya, ada pembolehubah lain seperti kondisi pemanduan, cuaca, berat tambahan dalam kereta, dan sebagainya; tapi anda sebagai pemandu ialah faktor penyumbang terbesar terhadap penggunaan minyak kereta.

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 01

Anda boleh hidupkan mod Eco, tapi kalau kereta masih dipandu macam ‘orang gila’, nak salahkan mod Eco juga bila kereta ‘minum’ minyak? Anda mungkin perlu perhatikan tabiat kawalan pendikit (throttle control) anda.

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 02

Maksudnya, jika kaki anda jenis tekan pedal sesuka hati, seberapa banyak mod Eco yang ada dalam kereta pun takkan dapat bantu anda jimat minyak. Secara realisitiknya, tabiat paling praktikal yang patut diamalkan ialah kawalan pendikit yang bagus, tahu bila nak pecut, masuk aliran trafik, dan bila hendak lepaskan pedal sedikit sambil meluncur di jalan raya.

Ia tidak produktif

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 03

Nasihat kami kepada kebanyakan pemandu ialah anda perlu sentiasa kekalkan kelajuan sama dengan aliran trafik lain secepat mungkin, dan lembutkan pacuan sedikit dari sini.

Ramai yang tak percaya akan hal ini, tapi menetapkan kelajuan sama dengan aliran trafik secepat mungkin akan membantu anda dalam menjimatkan minyak vs. perlahan-lahan ikut kelajuan trafik, kerana…

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 04

Fungsi mod Eco secara amnya adalah untuk mengurangkan tindakbalas/ketajaman pendikit (throttle) anda, dengan harapan yang enjin akan kurang ‘makan’ minyak.

Masalahnya, tindakbalas pendikit yang dikurangkan selalunya akan menyebabkan pemandu memasukkan ‘input’ lebih tinggi pada pendikit bagi mencapai kelajuan yang diperlukan.

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 05

Bukankah langkah ini semakin tidak produktif dan efisien? Terutama sekali apabila anda berada dalam situasi yang memaksa anda untuk mencapai kelajuan sama dengan trafik secepat mungkin (contoh, keluar simpang untuk masuk ke jalan besar).

Kesudahannya, anda menggunakan 70% pendikit dalam mod Eco vs. 40% dalam mod Normal.

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 06

Jika anda terfikir, “Tak apa, perlahan-lahanlah capai kelajuan ideal,” – perlu diingatkan yang tabiat ini amat berbahaya. Kenapa?

Bayangkan sekarang anda bermula dengan kelajuan 30 km/jam, manakala aliran trafik yang dimasuki berada pada 60 km/jam. Jika anda gagal memadankan kelajuan dengan aliran trafik secepat mungkin, anda samada sedang memaksa pemandu lain untuk memperlahankan kenderaan tiba-tiba untuk anda, ataupun anda berisiko dilanggar oleh kereta berkenaan.

Baca juga: Memandu terlalu perlahan boleh membahayakan anda. Inilah sebabnya

Anda akan rasa tak selesa

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 07

Jika anda pernah mencuba mod Eco di dalam pelbagai kenderaan moden, anda juga akan sedar yang ia satu jalan penyelesaian kurang praktikal.

Kenapa? Ia bukan saja ‘menumpulkan’ pendikit anda supaya jimat minyak, ia juga mengurangkan kuasa sistem penghawa dingin kereta anda sebanyak yang boleh bagi mengurangkan beban pada enjin.

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 08

Bayangkan ‘aircond’ anda beroperasi dengan kapasiti 50% saja, dalam situasi seperti ini

Nampak tak masalahnya di sini? Penghawa dingin dikurangkan dalam cuaca panas terik di Malaysia. Seeloknya kawal saja pecutan dan pendikit anda daripada terpaksa menahan panas dalam kereta.

Jika anda tak kisah berpeluh dan ‘masak’ dalam kereta, silakan, semata-mata untuk jimat minyak.

Kesimpulan

Tak perlu guna Eco mode dalam kereta, lebih rugi daripada untung? Ini sebabnya 09

Mod Eco di dalam kereta dipasang memang dengan niat untuk jimat minyak, tapi pelaksanaannya tidak praktikal. Walau bagaimanapun, usah risau, ia boleh dinyahaktifkan hanya dengan menekan satu butang.

Apa-apa pun, pilihan di tangan anda. Gunalah mod Eco kalau anda betul-betul percaya yang ia menjimatkan minyak kereta. Tapi, seperti yang kami nyatakan di atas, nampak gayanya tak berbaloi guna mod Eco semata-mata untuk selamatkan setitik dua minyak. Lagi bagus jika anda belajar kawal kaki kanan anda semasa memandu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda