Tak perlu tunggu lama, penyerahan Honda City RS 2021 akan bermula bulan ini juga!
Faisal · Mar 9, 2021 08:53 PM
0
0
Honda Connect baru sahaja dirasmikan di Malaysia sebentar tadi. Menariknya, sistem telematik Honda ini bakal membuat debut pada Honda City RS. Pada masa yang sama, Honda Malaysia mengesahkan bahawa Honda City RS 2021 akan diserahkan kepada pembeli bermula bulan ini juga.
Untuk maklumat anda, model ini merupakan Honda City pertama yang didatangkan dengan Honda Sensing. Sistem bantuan keselamatan pemandu (ADAS) ini menggabungkan ciri seperti Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), dan Adaptive Cruise Control (ACC).
Kamera ini membantu Honda City RS untuk mengesan keadaan sekelilingnya.
Seperti yang diceritakan di dalam rebiu kami, Honda Sensing pada City RS menggunakan kamera monokular yang lebih lebar berbanding kamera yang ada pada Civic, CR-V, ataupun Accord. Walau bagaimanapun, fungsi Low-Speed Follow masih eksklusif untuk segmen yang lebih atas.
Bercakap mengenai eksklusif, Honda City RS datang dengan tren kuasa hibrid i-MMD yang menghasilkan 253 Nm tork.
TIdak lama lagi, anda sendiri dapat merasai kehangatan yang dipertonton oleh iklan Honda City RS sebelum ini. Untuk itu, ikuti kami untuk berita paling pantas mengenai sedan segmen B yang cukup dinantikan ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.