![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 01]()
Persaingan motosikal skuter dalam kelas 150cc pasti tambah menarik dengan kehadiran SYM Jet X 150 yang dijadual memasuki pasaran tempatan pada suku pertama tahun depan.
Menurut pengedar motosikal SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings (MForce), Jet X 150 adalah model perdana dalam siri Jet yang dikuasakan dengan enjin 149.6cc.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 02]()
Melihat kepada reka bentuknya, ia tampil dengan sisi yang moden dan dijangka mampu memberi cabaran kepada beberapa model skuter yang cukup popular di negara ini seperti Yamaha NVX 155, NMax atau Honda Vario.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 01]()
Tetapi tahukah anda, sebelum ia berada di pasaran Malaysia, 'kembarnya' sudah pun dilancarkan di negara jiran dan diberi nama GPX Drone 150.
Ia dikuatkan dengan gambar 'teaser' di laman Facebook rasmi SYM, SYM Malaysia - Engine of Life yang memaparkan imej yang cukup mirip dengan GPX Drone.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 02]()
Eh apa ni? Haaaa kami menjanjikan satu kelainan yang pastinya membuatkan anda tidak senang duduk melihatnya. Apakah ia? Tunggu ye semua!
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 03]()
Berdasarkan spesifikasi GPX Drone 150, SYM Jet X 150 mungkin akan menggunakan enjin 149.6 cc, 1 silinder, enjin suntikan bahan api dan dipadankan bersama transmisi jenis CVT.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 04]()
Ciri-ciri menarik lain yang berkemungkinan ada adalah seperti kunci pintar, lampu jenis LED, panel meter LCD digital, tangki bahan api 7.5 liter dan pengecas USB, sama seperti GPX Drone.
Apapun, dalam dunia automotif, kerjasama strategik seperti ini tidak asing.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 05]()
Sebagai perbandingan, GPX Drone 150 dijual di Thailand pada harga THB65,900 (RM8,863) dan dijangka tidak banyak perubahan dari sudut harga apabila ia dijual di Malaysia.
![Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang 06]()
Berdasarkan laporan media automotif tempatan, SYM Jet 150 sedang menjalani ujian ketahanan bagi mendapatkan kelulusan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).