window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial!

Haris ยท Jan 17, 2022 05:00 PM

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial! 01

Laluan RFID telah mula beroperasi di semua 83 plaza tol di sepanjang Lebuhraya PLUS Juru (Pulau Pinang) sehingga Skudai (Johor Bahru) bermula 15 Januari, jam 10 malam semalam. 

Pengguna jalan raya juga telah diumumkan mengenai perubahan tersebut, dengan waktu persediaan yang mencukupi untuk pengguna beralih menggunakan RFID.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, perubahan tersebut telah menyaksikan trafik yang begitu padat berlaku pagi ini di beberapa plaza tol yang sudah beralih ke arah RFID. 

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial! 01

Kejutan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia, dengan 86% daripada jumlah penduduk menggunakan media sosial (kira-kira 28 juta pengguna media sosial) setakat Januari 2021, membawa ketidakpuashatian tersebut ke media sosial.

Berdasarkan tinjauan, laman Facebook PLUS Malaysia telah menutup bahagian komen untuk kebanyakan hantaran yang dibuat.

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial! 02

Tangkap layar Facebook

Laman Twitter dan Instagram PLUS Malaysia juga dilihat ‘menutup’ bahagian ‘mention’ dan komen.

Penutupan ruangan komen ini mungkin hanya sementara, ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan RFID. Sebelum ini, pihak PLUS dilihat aktif mempromosikan RFID di laman sosial.

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial! 03

Tangkap layar Twitter (atas) dan Instagram (bawah)

Berdasarkan pemerhatian, kesesakan lalu lintas yang berlaku adalah berikutan penutupan lorong Smart TAG yang ditukarkan kepada lorong RFID di beberapa plaza tol.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan media bertarikh 20 Disember 2021, "Transaksi tol menggunakan teknologi RFID pada ketika ini adalah sebagai pilihan tambahan kepada platform kad Touch 'n Go dan SmartTAG yang sedia ada.”

Tak sampai 24 jam lancar lorong RFID, PLUS terpaksa tutup komen media sosial! 04

Kesesakan yang berlaku di BSP

Menjawab kebimbangan masyarakat mengenai rancangan PLUS untuk membuka lorong RFID di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata hanya 1 lorong sahaja yang dibuka untuk pembayaran secara RFID.

Namun setibanya tarikh 15 Disember, beberapa plaza tol menutup sepenuhnya lorong Smart TAG menjadi RFID. Dalam kes yang berlaku di plaza tol Skudai, lorong Smart TAG ditutup sepenuhnya manakala 2 lorong RFID dibuka (rujuk video di bawah).

Baca: Tinjauan: Laluan Touch N Go sesak, Smart TAG ditukarkan kepada lorong RFID di plaza tol

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda