window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis!

Khairil · Oct 18, 2021 12:00 PM

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis! 01

Kurang ajar dan membahayakan bukan saja diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain. Itu kelakukan buruk dilakukan sekumpulan geng rempit yang aksi merbahaya mereka di atas lebuh raya Seremban-Port Dickson dirakam dan tular.

Langsung tidak mengendahkan pengguna jalan raya yang lain termasuk kenderaan berat seperti lori treler, kesemua mereka yang rata-rata menggunakan motosikal jenis Honda EX-5 itu bersaing sesama sendiri, membongkokkan badan selain aksi zig-zag.

Juga baca: Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuh raya tumpas, polis buru sampai rumah!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan natijahnya, kesemua mereka kini menjadi buruan pihak polis.

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis! 01

Memetik laporan Kosmo!, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata pihaknya ketika ini sedang mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi siasatan lanjut.

"Siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan merbahaya."

Juga baca: 'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan!

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis! 02

Mengulas lanjut, Muhamad Mustafah berkata kesemua penunggang itu telah dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam media sosial Facebook ‘N9 Info Trafik’.

“Video itu memaparkan aksi sekumpulan penunggang motorsikal seramai tujuh orang yang menunggang motorsikal dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig-zag yang dipercayai membahayakan diri sendiri dan pihak lain.

“Kejadian ini dipercayai berlaku pada Ahad antara pukul 2 hingga 3 petang di Lebuh Raya Seremban- Port Dickson antara Kilometer 14 hingga 16 arah Port Dickson ke Seremban,” katanya.

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis! 03

Mustafah berkata atas kesalahan berkenaan dan jika sabit kesalahan, pesalah akan dikenakan tindakan penjara tidak kurang lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15, 000 serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi lima tahun.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkan segala maklumat ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson atau hubungi talian 06-647 2222,” katanya.

Juga baca: Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu!

Tak sayang nyawa, geng rempit buat aksi zig-zag di Lebuhraya PD kini diburu polis! 04

Susulan video berkenaan juga, rata-rata netizen mengecam tindakan kumpulan penunggang motosikal kerana tindakan mereka bukan saja membahayakan dan boleh menyusahkan diri sendiri, malah orang lain.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda