window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India!

Khairil ยท Aug 27, 2021 06:00 PM

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 01

Entah di mana silapnya, selepas Triumph menyiarkan imej dan video rasmi model terbaharunya, Tiger Sport 660 menjalani ujian beberapa hari lalu, tertiris pula foto jentera berkenaan tanpa sebarang pelekat penyamaran.

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 02

Foto berkenaan diperoleh daripada outlet media India, Autobeam namun artikel mengenainya sudah pun dipadamkan oleh portal berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 01

Begitupun, imej motosikal berkenaan tetap berjaya diperoleh dan dikongsikan beberapa media antarabangsa dan tempatan. 

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 02

Tidak seperti imej yang didedahkan secara rasmi oleh Triumph, foto yang diperoleh daripada Motobeam adalah lengkap tanpa sebarang pelekat penyamaran dan berkemungkinan besar tidak sepatutnya disebarkan. 

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 03

Sekalipun imej itu tidak datang dengan kualiti yang baik, ia dapat memberikan sedikit informasi mengenai motosikal itu terutama dari sudut pilihan warna. Tampil dengan warna merah bersama aksen perak, ia jelas cukup menarik dan mengujakan. 

Juga baca: Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu!

Turut diwarnakan dengan warna perak kusam ialah panel sisi selain di bahagian fender hadapan. Corak grafik juga nampak menarik menerusi penggunaan warna sama.

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 04

Selain itu, turut kelihatan adalah panel meter. Tetapi tidak seperti kluster panel meter yang terdapat pada 'saudaranya' iaitu Trident 660, panel meter Tiger Sport 660 berada di kedudukan sedikit berbeza namun tetap jelas dan terang. 

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 05

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Triumph Tiger Sport 660 berkongsi trenkuasa yang sama seperti Trident 660 iaitu enjin bersesaran 660 cc, 3 Silinder Sebaris. 

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 06

Justeru, kuasa yang dihasilkan juga dijangka tidak banyak berbeza iaitu 80 Hp pada 10,250 rpm dan tork 63.7 Nm pada 6,250 rpm.

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 07

Tetapi untuk motosikal dalam segmen yang berbeza, Tiger Sport 660 pastinya datang dengan pelbagai perubahan lain seperti sistem suspensi yang lebih tinggi serta penggunaan kerangka yang berbeza.

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 08

Begitupun, dijangkakan tiada perubahan pada sistem elektronik dengan Tiger Sport 660 turut datang dengan sistem ride-by-wire, mod tunggangan, traction control dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India! 09

Dan paling utama, berdasarkan foto yang sudah pun tersebar ini, tarikh pelancaran Triumph Tiger Sport 660 pastinya semakin mendekat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda