window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT!

Khairil · Jul 15, 2022 04:00 PM

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 01

Enggan ketinggalan, syarikat pengeluar motosikal gergasi Jepun, Yamaha nampaknya sedang menguji sistem berasaskan teknologi radar terhadap jentera 'Sport touring' popularnya, Yamaha Tracer 9 GT

Penggunaan teknologi radar bermakna Yamaha Tracer 9 GT versi atau generasi terbaharu nanti berkemungkinan besar akan memiliki teknologi ‘Adaptive Cruise Control’ serta sistem amaran perlanggaran yang canggih.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 02

Yamaha Tracer 9 GT

Setakat ini, penggunaan teknologi 'Cruise control' berasaskan radar boleh dikatakan cukup terhad dengan hanya beberapa jenama gergasi menggunakannya dan hanya dipadankan dengan model aras tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k!

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 01

Antara yang terawal tampil dengan teknologi berkenaan adalah Ducati menerusi Multistrada V4 S dengan BMW turut menggandingkannya kepada model R 1250 RT dan R 18 Transcontinental manakala KTM turut menggunakan teknologi berkenaan kepada 1290 Super Adventure S.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 02

Ducati Multistrada V4 S

Di Jepun, Kawasaki menjadi syarikat pertama dari negara berkenaan menggunakan teknologi radar yang dipadankan dengan jentera terbaharu Ninja H2 SX.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 03

Kawasaki Ninja H2 SX

Jika melihat kepada imej intip ujian yang terdedah, tiada perubahan dari sudut rekaan dibuat oleh Yamaha namun mengikut laporan Motorrad, teknologi itu akan digandingkan dengan Yamaha Tracer 9 GT versi 2023.

Daripada imej yang diperoleh juga, radar yang digunakan diletakkan di bahagian tengah antara fork dan diapit lampu utama serta dilitupi dengan plastik berwarna hitam.

Juga baca: Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau!

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 04

Diuji di Jerman, teknologi radar berkenaan dijangkakan menggunakan kepakaran Bosch yang turut membekalkan sistem sama kepada Ducati, BMW dan KTM.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 05

Turut dapat dilihat dalam imej intip ujian itu adalah prototaip Yamaha Tracer 9 GT yang diuji dengan sistem itu menggunakan panel instrumen TFT yang berbeza berbanding model sedia ada.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 06

Dan uniknya, panel instrumen yang digunakan itu cukup besar seperti iPad dan penggunaan panel meter besar turut bermakna Yamaha Tracer 9 GT berkemungkinan akan memperoleh teknologi sambungan ke telefon bimbit, rangkaian navigasi dan sebagainya.

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 07

KTM 1290 Super Adventure S

Begitupun tidak seperti KTM 1290 Super Adventure S, teknologi radar yang digunakan oleh Yamaha hanya untuk bahagian depan. Justeru, ini bermakna motosikal itu berkemungkinan tidak mempunyai fungsi ‘Blind Spot Detection’. 

Juga baca: HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!

Tambah canggih, Yamaha sedang uji teknologi radar di Yamaha Tracer 9 GT! 08

Tidak dapat dipastikan sama ada penggunaan ‘Adaptive Cruise Control’ akan meningkatkan harga Yamaha Tracer 9 GT terbaharu nanti tetapi kemungkinan itu memang dijangkakan.

Sumber: Motorrad
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda