window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios

Faisal · Apr 1, 2022 10:00 AM

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 01

  • Tan Chong merupakan pengedar rasmi MG sejak tahun 2020
  • MG 5 adalah pelancaran model ketiga selepas MG HS dan MG HS
  • Untuk Malaysia, mungkinkah Tan Chong bawa jenama MG kembali?

Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti kenal akan nama Tan Chong (TC) dan satu-satunya jenama kereta yang sering dikaitkan dengannya adalah Nissan. Pengeluar dari Jepun ini sebenarnya diedarkan oleh TC sejak tahun 50-an lagi, iaitu ketika ia dijual sebagai Datsun.

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 02

Kalau anda nak tahu, Tan Chong juga meluaskan pengaruh mereka ke pasaran luar. Antaranya seperti Vietnam yang mana mereka menjadi pengedar kereta MG sejak tahun 2020 di bawah nama TC Services Vietnam Co Ltd.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’?

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 01

Perbandingan dimensi
Model MG 5 Honda Civic Toyota Vios
Panjang (mm) 4,675 4,678 4,420
Lebar (mm) 1,842 1,802 1,730
Tinggi (mm) 1,480 1,415 1,475
Jarak roda (mm) 2,680 2,735 2,550

Awal bulan ini, TC Services Vietnam baru sahaja melancarkan MG 5, iaitu sedan saiz Honda Civic tetapi pada harga segmen B seperti Toyota Vios, Honda City ataupun Hyundai Accent.

Juga bacaHyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam?

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 02

Sebagai contoh, MG 5 di sana ditawarkan bermula harga 579 juta VND (~RM 106.5k) manakala Toyota Vios varian paling atas berharga 581 juta VND (~RM 107k). Untuk makluman anda, Vios sendiri merupakan antara kereta paling popular di Vietnam tetapi pada tahun 2021, takhta kereta paling laku telah dirampas oleh VinFast Fadil.

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 03

Kembali ke MG 5 di Vietnam, ia ditawarkan dengan varian 1.5 Lux yang menggunakan enjin 1.5L NA (113 PS, 150 Nm). Menariknya, kuasa MG 5 di sana kurang 6 PS berbanding di pasaran Thailand.

Juga bacaSaiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 04

MG 5 di pasaran Thailand.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT yang mempunyai 8 kelajuan maya. MG memanggil kotak gear ini sebagai ‘smart gearshifter’. Menariknya, transmisi ini menjanjikan penukaran gear yang lebih lancar dan proses memecut yang tiada gegaran terhadap penumpang.

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 05

MG 5 di pasaran Thailand.

Dari segi kelengkapan, MG 5 di Vietnam mendatangkan ciri bumbung suria, tempat duduk kulit, infotainment 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta 6 pembesar suara.

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 06

Untuk aspek keselamatan pula, MG 5 dilengkapkan dengan 6 beg udara, kamera 360-darjah dengan pandangan 3D, Lane-Change Assist (LCA), Blind-Spot Detection (BSD) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA).

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 07

Buat masa sekarang, varian elektrifikasi untuk pasaran Vietnam belum lagi ditawarkan.

Juga baca2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 08

Bilik pameran MG yang terletak di Hanoi, Vietnam.

Bercakap mengenai TC pada awal tadi, adakah Malaysia berpeluang untuk dapat jenama MG buat kali kedua? Sebabnya kalaulah hasrat ini direalisasikan, MG akan menjadi jenama China ketiga (selain GAC dan JMC) yang diedarkan oleh Tan Chong.

Tan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios 09

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil kerana pada Januari yang lalu, pengarah urusan SAIC Motor CP Co. Ltd dan MG Sales (Thailand) sendiri telah mengesahkan bahawa MG akan kembali di Malaysia dalam tahun 2022. Jadi, sama-samalah kita tunggu.

Juga bacaPotensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda