window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022

Faisal Β· Dec 23, 2021 01:30 PM

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 01

  • Dijangka tiba pada suku-1 2022
  • Akan tembus pasaran kita sebelum Landtrek dan e-2008 EV
  • CKD di Gurun, Kedah

Percaturan Peugeot di Malaysia untuk tahun 2022 nampaknya semakin kukuh memandangkan Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. (BAASB) akan melancarkan tidak kurang daripada 3 model baru. Salah satunya adalah Peugeot 2008 2022 (CKD Gurun, Kedah).

Menurut info yang sahih, SUV ini bakal dilancarkan ke Malaysia pada suku-1 2022. Secara tidak langsung, model ini akan tiba lebih awal daripada Peugeot Landtrek dan e-2008 EV yang mana masing-masing dirancang pada suku-3 dan suku-4 2022.

Spesifikasi Peugeot 2008

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun spesifikasi untuk Malaysia masih belum dapat dipastikan, ia sepatutnya sama dengan Peugeot 2008 di pasaran Thailand.

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 01

Di sana, SUV segmen B ini dikuasakan oleh enjin 1.2L turbo 3 silinder PureTech yang menghasilkan 130 PS dan 230 Nm tork.

Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 02

Peugeot 2008 di pasaran Jepun.

Bagi anda yang belum tahu, reka bentuk luar dan dalam SUV ini berjaya mendapat anugerah Red Dot Design 2020 dalam kategori Product Design.

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 03

Peugeot 2008 di pasaran Jepun.

Antara ciri yang ada pada bahagian kabin Peugeot 2008 baharu termasuklah infotainment 7 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen i-Cockpit, pemilih mod pemanduan dan lampu suasana.

Juga bacaPeugeot Landtrek akan dilancar ke Malaysia pada 2022, pencabar Hilux dari Perancis bakal tiba!

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 04

Dari segi keselamatan, Peugeot 2008 spec Thailand lengkap dengan ciri active blind spot monitoring, brake warning, driver attention warning, lane keep assist dan kawalan pelayaran.

Jangkaan harga Peugeot 2008 di Malaysia

Tangguh dulu tempahan X50 anda, Peugeot 2008 baharu akan lancar di Malaysia seawal Q1 2022 05

Harga di Thailand bermula pada 1,189,000 THB (~ RM 148k). Dengan pelan untuk pemasangan lokal (CKD), harganya sepatutnya lebih murah daripada itu tetapi mungkin tidak banyak. Untuk pengetahuan anda, Peugeot 2008 generasi terdahulu dijual pada RM 109,888.

Juga bacaPeugeot 2008 CKD 2021 serba baru akan dilancar di Malaysia seawal November ini!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda