window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tangki petrol stesen minyak masuk air, 20 kenderaan tersadai tepi jalan

Mersita ยท Nov 20, 2020 02:00 PM

Tangki petrol stesen minyak masuk air, 20 kenderaan tersadai tepi jalan 01

Gambar dari FB Info Roadblock P/J Terengganu Group

Malang tak berbau, seorang pengusaha stesen minyak di Jerteh terpaksa menanggung kos menunda 20 kenderaan yang tersadai beberapa meter dari stesen minyaknya kerana air termasuk ke dalam tangki bekalan petrol.

Pengusaha stesen minyak Petron itu berkata mereka mula menyedari perkara itu antara pukul 7 dan 8.30 pagi Rabu lepas apabila ada beberapa kereta terhenti setelah beberapa meter meninggalkan stesen tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tangki petrol stesen minyak masuk air, 20 kenderaan tersadai tepi jalan 01

Siasatan lanjut mendapati petrol jenis RON 95 dari 8 nozel di 4 pam minyak ditakungi air. Air tersebut yang telah bercampur dengan bekalan minyak stesen itu dipercayai disebabkan oleh hujan lebat yang berlaku pada malam sebelum kejadian. Stesen minyak tersebut ditutup selama 1 hari untuk kerja-kerja pemeriksaan dan pemulihan. Ia dirancang dibuka semula pada hari ini.

Pengusaha stesen minyak tersebut, Mohamad Rozaki Awang Teh, memohon maaf kepada semua pelanggan mereka yang terkesan dan beliau berkata kejadian ini tidak pernah berlaku sepanjang mereka berniaga sejak tahun 2016.

Tangki petrol stesen minyak masuk air, 20 kenderaan tersadai tepi jalan 02

Beliau menegaskan yang kejadian ini bukanlah untuk menganiayai pelanggan mereka. Beliau juga akan menanggung kerugian 20 pemilik kenderaan yang terkesan dengan peruntukan RM 700 untuk menunda kenderaan mereka ke bengkel.

Pihak kontraktor telah dipanggil untuk memeriksa punca air termasuk ke dalam bekalan petrol mereka dan menyedut air keluar dari tangki. KPDNHEP juga turut serta melakukan siasatan untuk mengambil sampel minyak yang tercemar itu. Jika didapati ada kes khianat, pengusaha stesen tersebut akan membuat laporan polis.

Tangki petrol stesen minyak masuk air, 20 kenderaan tersadai tepi jalan 03

Apabila petrol bercampur dengan air, air tersebut akan mendap dan akan turun ke bahagian bawah tangki bahan api kereta anda. Petrol yang lebih ringan akan terapung di atasnya. Simptom-simptom tangki bahan api kereta termasuk air ialah enjin akan terhenti dan gagal dihidupkan semula. Elakkan cubaan menghidupkan enjin anda berkali-kali untuk mengelakkan risiko enjin rosak dengan lebih teruk lagi.

Kejadian sama pernah berlaku di Serdang kira-kira 2 tahun lalu dan 20 buah kereta juga menjadi mangsa terpam petrol bercampur air. Oleh itu, kalaulah perkara sama terjadi, berhati-hatilah!

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda