window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa?

Haris · Aug 14, 2020 06:00 PM

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 01

Honda Civic tidak dinafikan adalah model Honda paling terkenal di seluruh dunia. Jika anda kurang faham mengenai kegilaan terhadap Honda Civic ini, mari baca sedikit sebanyak sejarahnya.

Sudah tentu, selepas pelbagai generasi Honda Civic, pastinya generasi yang berbeza membawa konotasi yang berbeza. Jika anda ingin mengetahui mengenai Honda Civic paling hebat dalam sejarah, baca di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 01

Dalam artikel ini, kami ingin mengetengahkan sebuah generasi Honda Civic yang agak berpengaruh dalam sejarah Honda Civic. Honda Civic yang dimaksudkan adalah Honda Civic EK.

Pengaruh Honda Civic EK 

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 02

Diperkenalkan pada 4 September 1995, Honda Civic EK adalah jentera yang berbeza sama sekali berbanding generasi Honda Civic EG sebelumnya. Rekaannya juga sangat dikenali dan digemari oleh peminat dunia automotif.

Honda Civic EK direka untuk pemanduan harian. Oleh itu, talaan yang dibuat pada Honda Civic generasi EK ini cenderung kepada keselesaan, keselamatan dan penjimatan minyak.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 03

Model baru ini (pada ketika itu) menggunakan bahan-bahan ringan untuk badan kereta. Sementara itu, sistem suspensi double wishbone dipasang pada semua varian bagi melengkapkan casis yang diperkuat.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 04

Kebanyakan pengguna memberikan ulasan yang bagus mengenai Honda Civic EK ini. Hasil daripada fokus untuk menjadi kenderaan harian tersebut, Honda Civic EK telah mempengaruhi hala tuju Honda Civic lain yang akan datang.

 

Sebagai contoh, pembangunan Honda Civic EK telah menjadi pelopor kepada enjin VTEC tiga tahap dan ini adalah Honda Civic pertama yang dilengkapi dengan CVT (ketika itu dipasarkan sebagai Multimatic) yang ditawarkan bersama manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 05

Sebelum anda teruja, VTEC tiga tahap tidak memberikan tiga kali ganda kekuatan. Sistem ini adalah penyelesaian mudah dalam memperkenalkan 3 profil sesondol (cam) untuk 3 jenis pemanduan berbeza.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 06

Masing-masing mengendalikan corak tempoh masa dan naik turun injap yang berbeza. Hal ini membolehkan jentera ini dipandu dalam mod ekonomi, standard atau kuasa tinggi. Oleh itu, hasilnya sangat mengagumkan sehingga ke hari ini.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 07

Dilengkapi pada varian paling tinggi (VTi), VTEC tiga tahap ini menghasilkan 130 PS kuasa kuda pada 7,000 rpm dan 140 Nm tork pada 5,300 rpm dan mempunyai kelajuan yang dihadkan secara elektronik pada 180 km/j.

Selain daripada itu, enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT Multimatic yang membantu memberikan penjimatan minyak pada angka sekitar 3 liter / 100 km.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 08

Kredit gambar

Teknologi inilah yang dikembangkan dan dimajukan untuk menjadi i-VTEC. Jika anda berminat dengan kisah VTEC, sila baca di sini.

Pendek kata, Honda bertungkus lumus dalam membangunkan Honda Civic EK. Lebih baik lagi, hasilanya adalah kereta ini berjaya memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun yang sangat berprestij pada tahun 1995 dan 1996.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 09

Honda Civic Ri edisi khas 'Japan Car of the Year'

Sepanjang jangka hayat model ini selama lima tahun, EK mengalami perubahan pada tahun 1996, 1997 dan 1998. Semua peningkatan hadir menjelang generasi terbaru Honda Civic ES pada tahun 2000.

Namun, keajaiban sebenar berlaku pada tahun 1997.

Honda Civic EK9 Type R

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 10

Susah untuk menyebut Honda Civic tanpa menyebut Type R. Kedua-dua tanda nama ini sangat sinonim dengan satu sama lain. Namun, bukan Honda namanya kalau jentera lemau. Nama Honda sudah tentu dikaitkan dengan prestasi jalanan yang mantap.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 11

Semasa diperkenalkan pada tahun 1997, Honda Civic EK menjadi model Honda ketiga yang mendapat lencana ‘R’ merah yang didambakan - hanya dua model pendahulu yang memiliki lencana ‘R’ merah ini iaitu NSX Type R dan Integra Type R. 

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 12

Model Type R pada asasnya adalah sebuah kereta lumba yang lebih ‘mesra’ jalan raya dengan menekankan aspek minimum berat badan dan maksimum prestasi. Membina pengikut setia Honda hanyalah sekadar kesan sampingan Honda Civic EK ini.

Berdasarkan Honda Civic hatchback SiR, Honda terus maju dengan Honda Civic EK9. Enjin 1.6 liter B16B Spec R yang menghasilkan 185 PS pada 8.200 rpm dan tork 160 Nm pada 7.500 rpm. Beratnya pula hanya sekadar 1,040 kg.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 13

Pada ketika itu, Honda Civic EK9 Type R adalah salah satu enjin NA berkuasa paling tinggi sepanjang zaman (113 bhp / liter). Mengagumkan?

Seiring dengan enjin yang mantap, Honda turut memasangkan LSD (limited-slip differential) jenis heliks dengan transmisi manual 5-kelajuan. Gandingan kedua-dua enjin dan talaan ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 225 km/j.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 14

Bagi memastikan bahawa Honda Civic EK9 Type R ini dikendalikan dengan stabil, Honda menggunakan casis monocoque dipertingkat dengan pateri kelim (seam welded), brek yang lebih besar, suspensi yang kebih tinggi dan memasangkan tayar Bridgestone Potenza RE010 eksklusif Type R pada kereta ini.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 15

Pada bahagian dalam pula, Honda Civic EK9 Type R mempunyai kemasan pintu berwarna merah, pelapik lantai dan tempat duduk jenis bucket Recaro. Sebagai kereta yang disasarkan untuk pemanduan laju sepanjang masa, ia mempunyai tombol gear titanium dan stereng Momo yang dibalut kulit.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 16

Jurutera Honda juga menyusun semula susun atur pedal bagi membolehkan teknik menekan pedal gaya heel and toe lebih mudah. Memang sebuah perincian yang sangat rapi!

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 17

Dijual secara eksklusif di Jepun, model ini dijual pada harga JPY 2 juta (~ RM 79,605). Semenjak akhir-akhir ini, model ini dalam keadaan yang terbaik mencapai harga sehingga JPY 7.5 juta (RM 300,000). Siapa kata kereta bukan pelaburan?

Masih relevan tahun 2020?

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 18

Penjelmaan semula Honda Civic EK9 tahun 2020

Tahun 2020 menandakan ulang tahun ke-25 Civic EK. Model ini tetap menjadi salah satu generasi yang paling terkenal dalam susur galur tanda nama Civic.

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa? 19

Tanpa bacaan-bacaan sebegini, diharapkan agar generasi-generasi seterusnya dapat menghargai teknologi dan seni kejuruteraan yang ditonjolkan pada jentera-jentera lagenda sebegini. Oleh itu, tanpa Honda Civic EK, tiadalah lambang Type R pada Honda Civic seperti sekarang.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda