Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta?

Faisal · Nov 27, 2020 03:00 PM

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 01

Dari segi penampilan, tayar yang lebih lebar sememangnya nampak lebih baik pada kereta anda. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta yang berprestasi tinggi menggunakan tayar yang lebih lebar. Disebabkan itu, ramai berpendapat bahawa ia lebih baik.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 02

Imej: autoevolution

Maka itu, mereka terfikir untuk menaik taraf kepada tayar yang lebih lebar. Hakikatnya, ada baik buruknya.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 03

Cun ke tak?

Kenapa?

Seperti sifat alam, tiada benda yang sempurna. Begitu juga dengan tayar lebar dimana ia mungkin tidak muat dengan kereta anda. Kereta anda juga mungkin terlalu lemah atau terlalu ringan* untuk menggunakan tayar lebar.

*( Terlalu lemah = tidak cukup tenaga untuk memusingkan tayar; Terlalu ringan = tidak cukup berat untuk mencengkam jalan)

Disebabkan ramai yang tertarik dengan tayar lebar, mari kita mulakan dengan kelebihannya terlebih dahulu.

Kebaikan – pecutan yang lebih baik (untuk kereta yang berkuasa tinggi)

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 01

Imej: caranddriver

Pernah tak anda lihat perlumbaan drag? Betapa besarnya tayar yang memacukan kuasa (depan atau belakang). Kereta yang berprestasi lebih tinggi memerlukan cengkaman yang lebih kuat untuk memecut dengan lebih berkesan.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 02

Kereta drag yang berpacuan roda depan mempunyai tayar lebar di hadapan. Imej: dsportmag

Sekiranya kuasa tidak cukup, tayar yang lebar hanya meningkatkan rintangan golek (rolling resistance) dimana ia hanya akan menambah beban pada enjin.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 03

Bolehkah kereta menggunakan tayar kurus?

Sudah tentu. Cuba lihat tayar ganti anda. Sebab itulah ia hadir dengan had kelajuan.

Kebaikan – pemberhentian yang lebih baik (untuk brek yang berprestasi tinggi)

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 04

Brek yang cukup baik sesuai dengan tayar lebar. Imej: turnology

Seperti aspek kuasa, kereta anda juga perlu hadir dengan sistem brek yang baik sekiranya hendak menukar ke tayar yang lebih lebar.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 05

Bahagian yang mencengkam. Imej: autocraze

Tayar yang lebih lebar memberikan pemberhentian yang lebih berkesan kerana ia mempunyai permukaan yang lebih besar untuk mencengkam jalan. Walau bagaimanapun, sistem brek haruslah baik terlebih dahulu. Kalau tidak, berat tayar itu sendiri akan membebankan sistem brek kereta anda.

Kebaikan – cengkaman yang lebih baik ketika membuat selekoh

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 06

Tayar lebar boleh mengambil selekoh dengan lebih laju. Imej: drivingfast

Ketika memandu, kereta menggunakan kedua-dua cengkaman longitudinal dan lateral. Cengkaman longitudinal digunakan ketika memecut atau membuat pemberhentian. Cengkaman lateral pula digunakan ketika membuat selekoh.

Cengkaman lateral membantu melekatkan kereta ke permukaan jalan ketika mengambil selekoh secara laju.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 07

Untuk pemanduan harian dalam bandar, mungkin tidak.Imej: mohdjuhari

Kebaikan – kereta nampak lebih tegap

Tayar lebar dengan rim yang besar adalah antara langkah mudah untuk penampilan yang lebih baik. Ia membuatkan kereta anda nampak lebih tegap dan sasa. Malah ia cukup menarik sehingga boleh tenggelamkan ciri yang kurang digemari pada badan kereta anda sendiri.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 08

Tidak berapa cun kan? Imej: thedrive

Keburukan – rolling resistance yang lebih tinggi

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 09

Tidak mengira tayar lebar ataupun rim yang besar, ia meningkatkan rolling resistance dimana ia menambahkan beban pada enjin anda.

Melainkan anda menggunakan kereta berprestasi tinggi yang memerlukan lebih cengkaman, tayar yang lebar semestinya bermanfaat.

Keburukan – menggurangkan penjimatan minyak

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 10

Lebih rolling resistance = lebih beban pada enjin

Lebih beban pada enjin = lebih memakan minyak

Logik kan?

Keburukan – bukan yang terbaik pada waktu hujan

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 11

Jalan licin sewaktu hujan. Imej: postcompany

Selain cengkaman, corak pada permukaan tayar juga berfungsi untuk menolak air ke tepi supaya bahagian yang bersentuhan dengan jalan sentiasa mencengkam.

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 12

Menariknya, tayar yang kurus berfungsi dengan lebih baik ketika waktu hujan kerana ia mempunyai halangan (friction) yang lebih kurang untuk melalui permukaan basah. Halangan yang lebih tinggi oleh tayar lebar boleh mengakibatkan kereta terpusing (aquaplaning).

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 13

Imej: f1grandprix

Keburukan – lebih mahal

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 14

Imej: pixels.com

Sekiranya duit bukan masalah, anda tidak perlu hairan dengan harga tayar lebar. Antara sebab yang menjadikannya lebih mahal ialah kerana ia tidak dihasilkan sebanyak tayar yang bersaiz biasa. Selain itu, tayar yang lebih lebar menggunakan lebih getah dimana ia meningkatkan kos pembuatan. Disebabkan bersaiz lebih besar dan lebih berat, tayar lebar juga lebih mahal untuk dihantar ke pelabuhan mahupun ke peniaga kedai tayar.

Konklusi

Tayar lebar lebih elok – fakta atau auta? 15

Secara keseluruhan, tayar lebar lebih memanfaatkan kereta yang cukup berkuasa. Ia juga paling berkesan sekiranya dipandu dalam cuaca yang kering. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya ia menjadi pilihan utama di perlumbaan litar.

Di samping itu, tayar lebar menjadikan kereta anda lebih menarik untuk dilihat. Namun begitu, kebaikannya dalam pemanduan harian tidaklah bergitu dirasai lebih-lebih lagi kalau kereta anda tidak mempunyai kuasa yang mencukupi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru