window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan?

Zamil Syaheer · Jun 27, 2020 08:00 AM

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan? 01

Anda memandu di lebuh raya dengan kelajuan 90 km/j sambil mendengar lagu kegemaran anda apabila tiba-tiba anda terdengar bunyi ledakan kuat dari belakang.

Dalam sekelip mata, anda terasa bahagian belakang kereta membuai dan stereng anda tidak terasa betul, dan naluri semula jadi anda adalah untuk membrek serta merta.

Namun, adakah tindakan anda ini betul? Haa…dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana letupan tayar berlaku, dan apakah tindak balas sesuai yang akan menyelamatkan anda dan/atau kereta daripada berlakunya kemalangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apakah punca tayar meletup?

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan? 01

Jika tayar anda mempunyai banyak ‘jerawat’ sebegini dan anda tetap memandu…kami taktau nak cakap apa.

Tayar kereta anda tidak akan meletup secara tiba-tiba. Ia berpunca daripada:

  • Memandu dengan tekanan tayar yang terlalu rendah (biasanya terjadi)
  • Terlanggar objek keras atau tajam, seperti batu, bata, botol atau serong logam
  • Membebankan kereta secara berlebihan (Contoh: terlalu banyak barang berat semasa perjalanan pulang kampung), menyebabkan tayar kepanasan
  • Tekanan udara melebihi tahap yang disarankan oleh pengeluar tayar
  • Tayar haus atau terlalu tua
  • Kecacatan pembuatan pada tayar
  • Tayar yang mempunyai gumpalan, lekukan atau rekahan yang luar biasa
  • Memandu dengan sistem stereng yang sudah usang atau komponen suspensi utama dalam jangka masa yang lama

Setiap letupan adalah berbahaya tidak kira depan ataupun belakang. Apabila tayar depan meletup, stereng anda akan menarik ke arah tayar yang meletup itu.

Manakala letupan tayar belakang akan memberi anda sensasi longgar yang dapat dirasakan di tempat duduk anda.

Pada kenderaan komersial yang lebih berat seperti trak kargo atau bas, letupan tayar selalunya akan mengakibatkan hilangnya kawalan kerana berat kenderaan komersial itu sendiri. Efek seperti kesan pendulum akan terjadi sepertimana video di atas ini.

Baiklah, apa yang perlu saya lakukan sekiranya tayar saya meletup?

Untuk letupan tayar depan - jangan brek sama sekali!

Ini nampaknya berlawanan dengan intuisi anda, tetapi ketika anda menginjak pedal brek, kereta anda tiba-tiba akan menarik dengan kuat ke arah tayar yang meletup.

Anda tidak mahu melakukan itu. Jangan goncang ataupun mengoyangkan stereng juga kerana pergerakan secara tiba-tiba boleh menyebabkan anda hilang kawalan, seperti berputar tepat ke pagar pembatas.

Apa yang harus anda lakukan adalah memberi tekanan lembut secara konsisten terhadap pedal pemecut dan kekal tenang.

Lepaskan tekanan terhadap pedal pemecut anda dengan perlahan, elakkan pergerakan yang tidak perlu atau secara tiba-tiba dengan roda stereng anda, lihat tempat mana yang paling selamat di hadapan untuk berhenti dan biarkan kereta bergerak dengan sendirinya menggunakan momentum.

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan? 02

Alat berharga untuk membantu anda memperlahankan kereta semasa tayar depan meletup - dengan syarat ia berfungsi.

Sekiranya kereta anda dilengkapi dengan brek tangan mekanikal, anda juga dapat menariknya berulang kali secara perlahan dan lancar untuk membantu menstabilkan kereta, tetapi ini memerlukan anda biasa dengan kekuatan penguncian brek tangan anda.

Untuk letupan tayar belakang, sekali lagi, jangan menekan brek! Sebaik sahaja anda melakukannya, hujung belakang kereta anda akan hilang cengkaman dan anda akan berpusing.

Lupakan brek tangan mekanikal dalam situasi ini kerana tidak ada gunanya.

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan? 03

Sentiasa memberi input yang lancar dengan stereng anda; elakkan pergerakkan yang tidak perlu kerana ia boleh mengganggu bahagian belakang kereta.

Kekalkan momentum sama ada dengan memecut secara perlahan agar kenderaan anda kekal seimbang dalam garis lurus, atau meredakan pendikit untuk melambatkannya.

Pegang stereng dengan tenang, mengelakkan pergerakan yang tidak perlu, dan biarkan kereta perlahan dengan sendirinya sehingga ia berhenti sepenuhnya di tempat yang selamat.

Menukar ke gear yang lebih rendah juga dapat membantu dalam kereta pemacu roda depan jika anda dapat mengendalikan stereng dengan satu tangan.

Konklusi

Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan? 04

Jangan jadi seperti saya yang senang hatinya menunjukkan sekeping tayar meletup kerana memandu secara agresif di trek. Foto oleh Fydography.

Tidak kira apapun, ingatlah dua kata berikut: kekal tenang dan jangan membrek sama sekali. Pemikiran dan tindakan pantas anda dapat membantu menyelamatkan diri dan/atau kereta, tetapi yang paling penting adalah mengamalkan tabiat memandu yang selamat serta penyelenggaraan tayar. Ini kerana tindakan ini dapat menolong anda mengelakkan daripada perkara-perkara seperti ini dari berlaku.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda