window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc!

Khairil ยท Apr 16, 2021 07:00 AM

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 01

Bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa berada di tahap terbaik, cabang penting Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menerima sejumlah motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc untuk kegunaan anggotanya.

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 02

Majlis penyerahan motosikal terbabit yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain yang diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penyerahan motosikal scrambler bersesaran 300 cc ini adalah perolehan mobiliti TDM bagi Fasa 2. Sebelum ini, bagi memperkasakan Op Benteng, TDM sudah pun memperoleh 180 unit Kawasaki KLX250.

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 01

Majlis berkenaan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pengoperasian dan pengendalian motosikal yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa Sdn Bhd, Datuk Cham Nong Aliap.

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 02

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain bersama (Kanan) bersama Datuk Cham Nong Aliap ketika sesi penyerahan replika kunci. 

Tan Sri PTD kemudiannya menerima replika kunci Motosikal WMoto yang diserahkan oleh Nong Aliap sebagai simbolik penyerahan aset kepada TDM.

Majlis dilaksanakan secara ringkas di dalam norma baharu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 03

Penerimaan aset terbaharu ini bertepatan dengan Tonggak Pertama PTD Ke–28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc! 04

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM sejajar dengan pematuhan SOP dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Facebook TDM

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda