Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang!

Haris · Nov 3, 2020 01:00 PM

Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang! 01

Honda Malaysia telah mengumumkan aplikasi mudah alih Honda Touch! Honda Touch dilancarkan seiring dengan kemajuan teknologi terkini yang lebih ke arah mesra pengguna.

Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang! 02

Terdapat 10 fungsi utama Honda Touch ini. Fungsi-fungsi tersebut adalah:

  1. Tempahan Temu Janji Servis
  2. Peringatan Servis
  3. Status Servis Secara Langsung
  4. Rekod Penyelenggaraan
  5. Cari Pengedar Honda terdekat
  6. Bantuan Kecemasan
  7. Peringatan Pembaharuan Insurans
  8. Promosi, Acara dan Kemas Kini
  9. Pra Tempah Kereta Baru
  10. Hubungi Kami

Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang! 01

Honda Touch menjanjikan pengalaman yang mudah dan menyenangkan di hujung jari. 

"Dengan aplikasi HondaTouch yang baru, pelanggan kami kini dapat terus berhubung dan menerima kemas kini dengan Honda Malaysia melalui kesemua 10 ciri yang berbeza di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa siang atau malam.

Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang! 02

Bantuan Kecemasan boleh didapati melalui Honda Touch

Ini adalah kebebasan dan kemudahan utama pemilikan kereta yang ingin kami tawarkan kepada pelanggan kami yang berharga,” tambah Encik Toichi Ishiyama, Pengarah Eksekutif dan CEO Honda Malaysia.

Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang! 03

Honda Touch boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store. Honda nampaknya sangat mengutamakan pasaran Malaysia, dengan barisan model eksklusif pasaran domestik Jepun kadangkala turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru