window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini

Haris · Nov 30, 2021 11:59 AM

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 01

Kia Carnival spesifikasi Thailand

Sudah tentu, Malaysia ketinggalan di belakang Thailand dan Indonesia dalam memperkenalkan model baharu tetapi akhirnya, 2022 Kia Karnival generasi baharu sah menyusul ke Malaysia. Tempahan untuk MPV 11-penumpang tersebut kini dibuka tetapi harga masih belum diumumkan ketika artikel ini diterbitkan.

Pengedar Kia yang baharu – Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. – mengesahkan bahawa akan memperkenalkan MPV generasi keempat ini (kod nama KA4) dalam satu pilihan tunggal 11 tempat duduk.

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 02

Ia adalah model yang lebih besar daripada generasi terdahulu (kod nama YP), berukuran 40 mm lebih panjang daripada sebelumnya pada 5,155 mm, 10 mm lebih lebar pada 1,995 mm dan terletak pada jarak roda 30 mm lebih panjang, menjadikan 3,090 mm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Nak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 01

Memacu tayar Kia Carnival ialah enjin 2.2 liter turbodiesel Smartstream, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Output dinilai pada 199 PS, dengan tork 440 Nm.

Kia mendakwa bahawa Kia Carnival boleh memberikan angka kecekapan bahan api serendah 6.5 liter/100 km.

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 02

Senarai kelengkapan untuk Kia Carnival spesifikasi Malaysia merangkumi rim 18-inci, lampu dwi-LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED dan lampu kabus LED, tetapi lampu belakang dan lampu kabus di belakang adalah daripada jenis mentol.

Baca: Kia Carnival 2021 pandu kanan di Pameran Motor Bangkok 2021 – apa barang pakai Alphard?

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 03

Bergerak ke bahagian dalam, terdapat stereng kulit dengan gugusan instrumen analog terletak di belakangnya, penyaman udara hadapan dwi-zon dan pengecas nirwayar.

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 04

Kia Carnival spesifikasi Thailand

Tempat duduk kesemuanya dibalut dengan kulit tiruan, dengan kerusi pemandu menggunakan tempat duduk boleh laras kuasa 8 arah (dengan pelarasan lumbar 2 hala), manakala penumpang mendapat kerusi yang sama tetapi tanpa pelarasan lumbar.

Baca: Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 05

Dari segi keselamatan, Kia Carnival ini menerima 7 beg udara standard, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan bantuan bukit (HAC).

Bagi ciri keselamatan aktif, Kia Carnival spesifikasi Malaysia hanya menerima Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW) dan Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Rentas Belakang (RCCA).

Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini 06

Terdapat 6 warna yang ditawarkan, serta sokongan jaminan 5 tahun/100,000 km. Pelancaran dijangka akan berlaku hujung minggu ini justeru nantikan liputan Wapcar pada hari Jumaat, 3 Disember 2021.

Untuk mengetahui apa yang Kia Carnival mampu tawarkan, lihat ulasan dari laman web Autofun Thailand, sarikata dalam Bahasa Inggeris.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda