window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Faisal · Jul 8, 2021 02:00 PM

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 01

Walaupun berdepan dengan situasi PKP yang mana bilik pameran sekalipun tidak dibenarkan beroperasi, sambutan menjelang ketibaan Volkswagen Arteon R-Line 4Motion 2021 tetap memberangsangkan.

Untuk maklumat anda, tempahan buat Arteon R-Line 4Motion telah sejak pada Jun yang lalu. Tidak sampai sebulan, jumlah tempahan yang diterima telahpun melebihi sasaran Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sendiri.

Juga bacaVW Arteon R-Line 4Motion facelift CKD 2021 dibuka tempahan, RM 245k – RM 255k, 280 PS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 01

Apapun, syarikat itu tidak kemukakan sebarang angka kerana mereka bukanlah entiti yang mahu kejar jualan semata-mata. Keutamaan mereka tetap kepada kepuasan pelanggan. Perkara ini mungkin diambil sebagai pengajaran oleh isu yang berlaku terhadap usaha yang pernah mereka lakukan sekitar 10 tahun yang lepas.

Walaupun dengan pandemik yang melanda ketika ini, VPCM mengesahkan bahawa Arteon terbaru akan tetap dilancarkan seperti yang dirancang.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 02

Pengarah urusannya sempat mengulas bahawa jumlah tempahan Arteon terbaru yang begitu memberangsangkan ini berkait rapat dengan keseimbangan dari segi prestasi dan gaya. Bakal pemilik dijanjikan dengan 280 PS dan pacuan semua roda 4Motion yang memberikan pengalaman pemanduan yang mencengkam bak harimau.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 03

Spec UK, mungkin berbeza dengan spec Malaysia kelak.

Bagi anda yang belum tahu, pelancaran dan jualan secara dalam talian bukanlah perkara yang baru buat Volkswagen. Tahun lepas, VPCM telahpun melancarkan Passat R-Line secara maya. Malah, mereka sudah menjual kereta secara dalam talian sejak tahun 2017 lagi.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 04

Hari ini, bilik pameran 'online' VPCM adalah antara yang paling lengkap di Malaysia. Bukan setakat kereta baru sahaja (VW eShowroom), bahkan kereta pra-milik yang diperakui pun ada (Das Welt Auto).

Secara umumnya, VW Arteon R-Line 4Motion yang dipasang lokal (CKD di Pekan) bakal ditawarkan pada harga beranggarkan RM 245,000 ke RM 255,000.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 05

Menariknya, coupe empat pintu yang seksi ini boleh dianggap sebagai Mercedes-Benz CLS yang lebih murah tetapi pada harga Mercedes-benz C-Class sahaja. Malah, tawaran prestasi 280 PS/350 Nm tork dan cengkaman pemanduan semua roda 4Motion juga boleh buatkan kedua-duanya terciduk.

Dengan transmisi DCT 7 kelajuan dan kunci differential elektronik XDS, Arteon R-Line 4Motion juga diibarat seperti Golf R yang mempunyai but belakang dan pintu tanpa bingkai.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 06

Tidak cukup dengan itu, kehadiran suspensi adaptif Dynamic Chassis Control (DCC) dan kerusi ErgoComfort berbalut Nappa Carbon dijamin memberikan pengalaman keselesaan yang jauh lebih baik daripada Mercedes-Benz C200 (RM 251,587, 204PS/300 Nm tork) dan BMW 320i (RM 243,883, 184 PS/300 Nm tork).

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 07

Antara ciri lain yang ada ialah:

  • Sistem bunyi Harman Kardon 700 watt dengan 12 pembesar suara
  • Infotainment Discover Pro 9.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto
  • Lane Assist (Lane Keep Assist)
  • Side Assist (Blind Spot Monitor)

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 08

Namun begitu, ciri kawalan pelayaran adaptif dan brek kecemasan autonomi masih dikecualikan.

Tempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi 09

Apapun, Volkswagen Arteon R-Line 4Motion tetap lebih berbaloi daripada saudara kembarnya sendiri iaitu Audi A5 Sportback (RM 376,900, 252 PS/370 Nm tork).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda