window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k!

Faisal ยท Jul 28, 2022 02:00 PM

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 01

Model di pasaran Indonesia.

Honda Thailand nampaknya baru sahaja membuka tempahan buat Honda BR-V 2022 generasi baru. Untuk makluman anda, varian asas iaitu 1.5 E berharga 930,000 THB (~RM 113k), manakala varian teratas pula iaitu 1.5 EL ditawarkan pada 980,000 THB (~RM 119k).

Berbanding generasi terdahulu, harga buat kedua-dua varian masing-masing meningkat sebanyak 21% dan 17%. Namun demikian, fitur yang dilengkapkan juga jauh lebih banyak.

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 02

Selama ini, Honda BR-V hanya datang dengan 2 beg udara tetapi model serba baharu ini ada 6. Pada masa yang sama, ADAS Honda Sensing juga dilengkapkan dan ia adalah standard. Bercakap mengenai ini, kamera titik buta LaneWatch pun standard.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ADAS Honda Sensing yang kami sebutkan tadi pula turut merangkumi ciri Lead Car Departure Notification (LCDN) tetapi fungsi Adaptive Cruise Control (ACC) yang dilengkapkan sebenarnya tiada ciri Low Speed Follow (LSF).

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 01

Secara kasarnya, kedua-dua varian dibezakan dengan penawaran 6 beg udara.

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 02

Untuk trenkuasa pula, ia kekal dengan enjin 1.5L i-VTEC sama (121 PS, 145 Nm) tetapi dengan penambahan 4 PS (perbandingan dengan generasi terdahulu di pasaran Thailand).

Kuasa juga masih dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Kalau anda nak tahu, kereta di pasaran Thailand selalunya menghasilkan kuasa yang lebih rendah kerana mereka menggunakan biofuel gasohol E20. Sebagai contoh, BR-V generasi sebelum ini hanya menghembuskan 117 PS, 3 PS lebih rendah daripada pasaran kita.

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 03

Untuk pasaran kita nanti, BR-V baharu dijangka menghasilkan lebih kuasa daripada 120 PS yang ada selama ini.

Dari segi kelengkapan, varian EL menambah ciri:

  • Paddle shifter
  • Lampu kabus depan jenis LED
  • Lipatan cermin sisi jenis berkuasa
  • Rim 17 inci (varian E menggunakan saiz 16 inci)
  • Lebih port USB
  • Pencahayaan pada pelindung matahari
  • Interior berwarna hitam (varian E menggunakan warna dwi-tona kelabu hitam)

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 04

Apapun, kedua-dua varian datang standard dengan infotainment 7 inci dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Cumanya, varian EL hadir dengan 6 pembesar suara, manakala varian E hanya ada 4.

Selepas Thailand, Malaysia dijangka menjadi pasaran seterusnya yang akan melancarkan Honda BR-V 2022.

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 05

Tetapi dengan isu bekalan yang melanda industri serta tempahan yang tertunggak, agak sukar untuk teka sama ada Honda Malaysia akan lancar BR-V 2022 pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Juga bacaHonda prebiu Honda HR-V dan Honda BR-V generasi baru untuk tahun 2022!

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 06

Kalau anda nak tahu, pelanggan masih membuat tempahan buat Honda BR-V lama cumanya sambutan tidaklah rancak seperti zaman kegemilangannya. Ditambah pula dengan Perodua Alza 2022, lagilah.

Juga bacaHonda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa?

Tempahan Honda BR-V 2022 serba baharu dibuka di Thailand, harga naik 22%, atas RM 100k! 07

Secara amnya, harga Honda BR-V selama ini ditawarkan pada julat RM 90,700 – RM 97,700. Kalau kita ambil kadar kenaikan harga yang berlaku di Thailand, Honda BR-V generasi seterusnya mungkin mencecah RM 100,000.

Sebagai konteks, pesaing terdekatnya iaitu Toyota Veloz yang bakal dilancar ke tanah air kita tidak lama lagi pula mempunyai harga anggaran pada RM 95,000. Jadi, bagaimana persaingan mereka nanti? Sama-sama kita tunggu.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda