window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran!

Faisal · Sep 23, 2022 01:00 PM

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 01

Nampaknya, sudah masuk dua minggu Nissan X-Trail 2023 T33 dilancarkan di Jepun tetapi yang hebatnya, ia telah mencapai 12,000 tempahan.

Menurut BestCarWeb, permintaan buat SUV segmen C yang baharu ini sangatlah menggalakkan. Secara tidak langsung, dalam sejarah X-Trail di sana, prestasi jualan ini telah mengalahkan generasi T32, T31 dan T30.

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, sejak dilancarkan di Jepun, sebanyak 12,123 tempahan telah diterima. Di sana, X-Trail T33 ditawarkan dengan pilihan enjin hibrid e-Power dan VC Turbo.

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 01

Dari segi asas, kedua-dua trenkuasa menggunakan enjin petrol 1.5L 3 silinder turbo (KR15DDT) yang menghasilkan 144 PS dan 250 Nm tork. Untuk varian hibrid, ia dipadankan dengan motor elektrik BM46 yang menghembuskan 204 PS dan 330 Nm tork.

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 02

Bagi anda yang belum tahu, enjin petrol buat varian ini hanya diguna untuk mengecas bateri hibrid. Kiranya, roda hanya dipandu oleh motor elektrik.

Juga bacaNissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa?

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 03

Dalam masa yang sama, pembeli ditawarkan dengan pilihan pacuan roda depan atau semua roda e-4ORCE.

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 04

Di Jepun, harga X-Trail T33 bermula dari 3,198,000 JPY (~RM 101k) hingga 4,846,600 JPY (~RM 154k).

Bagaimana dengan Malaysia?

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 05

Persoalannya di sini, adakah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan menawarkan Nissan X-Trail serba baharu di Malaysia? Kalau kita lihat kembali, setiap generasi X-Trail sememangnya ada di pasaran kita.

Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran! 06

Apapun, apabila X-Trail T33 tiba, harganya tidak akan serendah sebelum ini kerana secara global, model baharu sebenarnya 15% lebih mahal daripada sebelum ini.

Untuk makluman anda, Nissan X-Trail T32 yang ada di Malaysia sekarang ditawarkan pada harga RM 136,888 ke RM 159,888.

Juga bacaNissan X-Trail generasi T33 tiba di Eropah; enjin 1.5L VC-Turbo + hibrid e-POWER, 7 tempat duduk

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda