window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan

Haris · May 21, 2021 11:00 AM

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 01

Sekiranya anda ingin membeli Proton X70 dan bercadang untuk memilih varian Premium X paling tinggi, semoga berjaya. Hal ini kerana, tiada pengedar Proton yang dapat memenuhi tempahan anda buat masa sekarang.

Berdasarkan maklumat dari pengedar, semua pengedar Proton telah diarahkan untuk menangguhkan pesanan untuk Proton X70 Premium X tetapi bukan kerana model ini sudah habis dijual.

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Proton X70 Premium X masih dijual walaupun terdapat isu gangguan bekalan sementara. Proton masih belum memberi kenyataan secara rasmi mengenai perkara ini tetapi kebanyakan pengedar mendakwa bahawa gangguan sementara ini berkaitan kertas kerja; kelulusan cukai dan harga di mana masalah ini hanya berkisar pada varian Premium X sahaja.

Semua kenderaan yang dipasang di dalam negara layak mendapat potongan duti eksais yang perlu dibayar bergantung pada kandungan tempatan. Dalam kes Proton, ia lebih kepada nilai R&D yang dilakukan.

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 01

Pengedar juga diminta untuk menukar semua pesanan tertunggak untuk varian Premium X kepada varian Premium yang lebih rendah. Satu-satunya perbezaan antara varian Premium X dan Premium adalah bumbung suria panoramik dengan perbezaan harga sekitar RM 2,700.

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 02

Sementara itu, Proton dikhabarkan akan melancarkan Proton X70 Special Edition yang baru tidak lama lagi. Edisi ini juga akan memperkenalkan warna Ocean Blue dan Passion Red.

Model ini adalah variasi terakhir sebelum Proton X70 baru (berkemungkinan model facelift) diperkenalkan.

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 03

Selain itu, umum mengetahui bahawa Proton akhirnya akan menghentikan enjin 1.8 liter TGDi yang sudah berusia pada Proton X70 dan bertukar kepada enjin 1.5 liter TGDi yang lebih terkini, seperti yang digunakan pada Proton X50.

Tempahan Proton X70 varian Premium X paling tinggi kini ditangguhkan, bukan masalah bekalan 04

Walaupun berkapasiti lebih rendah, enjin 1.5 liter TGDi menghasilkan kuasa yang setara (184 PS / 300 Nm vs 177 PS / 255 Nm), tetapi dengan kadar penjimatan bahan api yang lebih baik. Model eksport Proton X70 (pasaran Pakistan dan Bangladesh) sudah dilengkapi dengan enjin 1.5 liter TGDi.

Dari sudut pandang barisan pengeluaran, mengurangkan pilihan enjin akan meningkatkan kecekapan pengeluaran serta memudahkan proses logistik dan penyimpanan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda