window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun!

Zamil Syaheer · May 22, 2022 02:00 PM

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 01

Dengan rupa retro dan perawakan yang kecil, Suzuki Jimny bukan sekadar kereta off-road yang gagah berani, ia adalah simbol fesyen bergaya pada 4 roda dengan senarai menunggu yang panjang di mana-mana sahaja negara ia dijual. Malah, jika anda ingin mencari unit terpakai sekalipun, jangan terkejut jika anda perlu membayar lebih.

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 02

Di Indonesia, Jimny telah dilancarkan pada 2018 dan menjadi amat popular walaupun harganya tinggi antara IDR 409.5 juta hingga IDR 425.1 juta (~RM 123k-128k). Jualan SUV kecil ini begitu rancak, sehingga senarai menunggu menjangkau sekurang-kurangnya 4 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 01

Oleh sebab itu, PT Suzuki Indomobil Sales, pengedar lencana S Indonesia memutuskan untuk berhenti menerima tempahan untuk Jimny buat sementara waktu.

Menurut penerbitan saudara kami, AutoFun ID, off-roader yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya terhad kepada 50 unit sebulan tetapi permintaannya jauh lebih tinggi daripada bekalan.

Baca juga: Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 02

“Sesetengah pengedar mempunyai masa menunggu yang lebih tinggi, terutamanya di Jakarta,” kata Donny Saputra, Pengarah Pemasaran 4W PT Suzuki Indomobil Sales kepada AutoFun ID. "Peruntukan untuk kami hanyalah 50 unit sebulan, jadi masa menunggu hanya akan bertambah jika kami terus mengambil tempahan."

Baca juga: Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k!

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 03

Reka bentuk Jimny yang berkotak adalah salah satu faktor kejayaannya di nusantara kerana ia membangkitkan kenangan Suzuki Katana yang popular, nama SJ410/413 di Indonesia.

Baca juga: Suzuki Jimny SJ40 milik orang surau - beli RM 17k, dibikin balik sampai tahap syurga!

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 04

Jimny spesifikasi Indonesia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter K15B 4 silinder aspirasi natural yang terdapat dalam Suzuki Ertiga dan trak pikap Carry. Enjin 101 PS/138 Nm dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan yang memacu kesemua 4 roda.

Tempahan Suzuki Jimny ditutup di Indonesia selepas senarai menunggu menjangkau lebih 4 tahun! 05

Jimny pasaran Malaysia

Di Malaysia, Jimny hanya ditawarkan dengan transmisi automatik dan harga bermula dari RM 168,900 (diatas jalan tanpa insurans dan diskaun SST, sah sehingga 30-Jun 2022). Berbanding Indonesia, bilangan unit yang diperuntukkan untuk Malaysia adalah kurang memandangkan betapa kecilnya pasaran kita berbanding negara jiran kita.

Baca juga: Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda